Orang awam yang melalui jalan KM57 Jalan Gerik-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki berbalut kain putih seperti kain kafan, pada pagi Isnin.
Mayat yang ditemui oleh orang awam pada pukul 10.15 pagi di tepi jalan itu turut dibalut dengan lapisan selimut bercorak kartun dan kanvas plastik, lapor Sinar Harian. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman, siasatan awal mendapati mangsa dianggarkan berusia 40an itu dipercayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan pada lengan kirinya. "Mangsa yang memakai kemeja dan berseluar pendek dipercayai mati tidak kurang 36 jam sebelum ditemui di lokasi kejadian.
"Siasatan awal polis percaya lelaki itu mati di tempat lain sebelum dibuang di kawasan yang jauh daripada kejiranan itu," katanya. Terdapat satu kesan luka di bahagian kanan kepala namun tidak dapat dipastikan punca luka tersebut, kata Anuar. "Tiada kesan kecederaan lain ditemui pada bahagian badan mangsa selain tidak menemui dokumen pengenalan diri. "Polis turut menemui bangkai ayam di samping mayat mangsa," katanya. Anuar berkata, mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. "Semakan terhadap laporan orang hilang akan dilakukan dengan segera bagi mengenal pasti identiti mangsa. "Siasatan lanjut terhadap kes ini akan diteruskan berdasarkan beberapa bukti yang diperoleh di tempat kejadian," katanya sambil menambah, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh. -CARI Sumber: mStar Online
|
dipercayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan pada lengan kirinya
notM replied at 29-3-2021 06:53 PM
Kenapa Ada bangkai Ayam?
Kalah sabung Ayam ke
notM replied at 29-3-2021 06:53 PM
Kenapa Ada bangkai Ayam?
Kalah sabung Ayam ke
Punat_button replied at 29-3-2021 06:46 PM
ada penjaga rumah mayat kabo, kalau nak tau ugama tengok sunat ka tak.
jazaa100 replied at 29-3-2021 07:17 PM
tajam mata kau
jazaa100 replied at 29-3-2021 07:17 PM
tajam mata kau
" Polis turut menemui bangkai ayam di samping mayat mangsa," katanya.
slavehunter replied at 29-3-2021 07:42 PM
Tapi ramai jer non muslim bersunat jugak.
slavehunter replied at 29-3-2021 07:42 PM
Tapi ramai jer non muslim bersunat jugak.
Cyempaka replied at 29-3-2021 09:10 PM
Ada tengok gmbr xblur. Kepala dia mcm belubang. Ayam tu pulak kena ikat kaki. Kepala mcm tercabut ...
ADVERTISEMENT