Selepas tiga hari mendirikan rumah tangga dan ketika kisah perkahwinan mereka masih lagi diperkatakan, tular pula foto di media sosial yang mendakwa pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail selamat tiba di Pulau Langkawi.
Menerusi Twitter, seorang penggunanya ada memuat naik tangkapan skrin satu posting dari laman Facebook yang memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah sedang jalan beriringan, dipercayai baru sampai ke pulau peranginan berkenaan. “Betul ke ni? (selamat tiba di Pulau Langkawi). Kalau betul, happy honeymoon,” tulis pengguna Twitter terbabit. Sementara itu, menerusi Facebook pula, seorang pengguna turut berkongsi beberapa keping fotonya bersama pasangan pengantin baru itu sambil meletakkan ‘tag’ lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai gambar-gambar tersebut. Malah setakat ini, tiada sebarang muat naik dikongsi di media sosial masing-masing mengenai perkara itu. Sabtu lalu, pasangan tersebut selamat diijabkabul dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan ahli keluarga usahawan itu akan dipanggil memberi keterangan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahannya, baru-baru ini. Terdahulu, tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis perkahwinan bekas hos program MeleTop itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN sehingga mendapat reaksi ramai. Sumber: Media Hiburan
|
krustykrab replied at 29-3-2021 11:40 PM
Alang2 gi langkawi tu, blh la gi ziarah sedaraara kt bukit malut tu
Manjahati replied at 29-3-2021 11:49 PM
Untungnya jadi org kaya
eizarz replied at 30-3-2021 12:21 AM
bab* la undang2 mcm ni...ada org boleh rentas negeri sebab benda2 mcm ni...baik la tak payah pkp,pkp ...
ADVERTISEMENT