CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jakarta Denda, Penjara Sesiapa Bagi Duit Kepada Pengemis

30-3-2021 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2463| Komen: 14

Amalan memberi duit kepada peminta sedekah dan penghibur jalanan di bandar raya ini adalah dilarang. 

Lapor Kompas.com, perkara itu diumumkan oleh Ketua Unit Perkhidmatan Awam, Polis Jakarta, Arifin, menerusi Peraturan Wilayah Jakarta (Perda) Nombor 8/2007 berhubung perintah awam. 


“Individu yang memberikan duit kepada peminta sedekah di bandar raya ini boleh dikenakan denda dan hukuman penjara,” katanya. 


Peminta sedekah memakai kostum tradisional ondel-ondel di Jalan Kembang Pacar, Senen, Jakarta, Indonesia.

Perkara 40, Perda Nombor 8/2007 menjelaskan setiap individu atau mana-mana entiti dilarang menjadi peminta sedekah, penghibur jalanan, peniaga dan pencuci kereta. 

“Peraturan sama turut melarang daripada memberitahu orang lain atau membuat urusan jual beli dengan peniaga atau memberikan wang atau barangan kepada individu tersebut,” ujar Arifin. 


Individu yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan hukuman penjara minimum 10 hari dan maksimum 60 hari termasuk denda 100,000 (RM28) hingga 20 juta rupiah (RM5,738).


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasen 30-3-2021 11:06 AM
baik dia tangkap pengemis tu dari tangkap yg bg sedekah... dunia2...
Quote Artemesiaa 30-3-2021 11:15 AM
Lagi senang nak suruh jangan beri dari berhentikan yang meminta gaknya
Quote mizzmimi 30-3-2021 11:28 AM
Ondel2 ye nama costume tu. Seram betul kalau berenti kat traffic lite dia jenguk tingkap sambil menari2.

Boleh demam takajut tau..
Quote mohabbatein 30-3-2021 11:36 AM
Individu yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan hukuman penjara minimum 10 hari dan maksimum 60 hari termasuk denda 100,000 (RM28) hingga 20 juta rupiah (RM5,738).



first time dengar hukuman penjara 10 hari..bagi orng susah lagi suka dok penjara makan free
Quote icelemontea 31-3-2021 10:21 AM
tunggu bulan ramadhan nanti jenuh mendenda
Quote angelofish 31-3-2021 10:40 AM
dia contohi malaysia la tu...sape yang beli barang ( jeruk) kat trafik light.boleh di saman.
Quote talapia 31-3-2021 10:43 AM
kang tangkap yg mintak sedekah.. dilabel firaun pulak..
dahla kemain licik yg mintak sedekah tu pon.. dah kena tangkap JKM.. dh bg bantuan... eh.. buat lagi lepas tu. Easy money jugak kot..

So ni antara cubaan nk stopkan budaya mintak sedekah ni. Orang2 kita mmg suka bg sedekah tak kirala nipu ke idok. Katanya tu antara dia dengan tuhan la kalau dia menipu mintak sedekah.
Quote rikiruj 31-3-2021 10:44 AM
Apa agaknya strategi peminta2 sedekah rohingya yang selalu minta sedekah kat masjid time solat Jumaat sepanjang PKP ni bila kebanyakan masjid tak buat solat jumaat?.. nak mintak sedekah kat mana? tempat lain pun takde orang sangat.  Musykil gak.. perut nak kena isi.  Adakah depa terpaksa bekerja?.. hopefully bila keadaan dah pulih.. takdelah depa datang balik mintak sedekah.
Quote PEPPERMAN 31-3-2021 10:45 AM
Wah ada street performer dengan kostum besar tu di jalanraya?
Orang malaysia bila nak buat? Dah muak tengok orang jual mangga asamboi.
Quote monreyes 31-3-2021 10:54 AM
yg nyampahnya..asal mintak sedekah pakai songkok/kopiah...
bawak muqaddam...quran...berzikir....
sakit mata tengok..malu kat bangsa lain...
Quote JokesCop 31-3-2021 10:57 AM
Ramai sakit mental dalam tread ni
Quote anony-mous 31-3-2021 11:00 AM
rikiruj replied at 31-3-2021 10:44 AM
Apa agaknya strategi peminta2 sedekah rohingya yang selalu minta sedekah kat masjid time solat Jumaa ...

Duit simpnan depa mngkin lg byk dri kita sbb tu mampu survive. Xpon sembelih lembu yg bela dlm rumah tu
Quote MFR_IN 31-3-2021 11:34 AM
anony-mous replied at 31-3-2021 11:00 AM
Duit simpnan depa mngkin lg byk dri kita  sbb tu mampu survive. Xpon sembelih lembu yg bela dlm  ...

untung oh dieorg ni..dpt makan daging sokmo.haha


Quote tripleid 31-3-2021 12:38 PM
tiap2 pagi kat stesen lrt titiwangsa ada 3 org peminta sedekah..tp pakcik yg acah2 baca yasin yg paling banyak  org bagi sedekah compare  dgn 2org lagi tu..padahal pakcik tu dok kumat kamit mulut je,bukanya baca betul pun yasin tu..gitulah betapa senangnya org melayu kena tipu dgn penunggang agama

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037954 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top