Robert Pattinson menceritakan salah satu detik menjijikkan dalam kehidupannya sebagai seorang pelakon. Dalam satu temu bual yang dipetik dari labbible.com, Pattintson menceritakan dia disuruh melakukan seks dengan seekor anjing saat membintangi filem berjudul Good Time beberapa tahun lalu.
Menurut Pattinson, sutradara mengarahkan dia melakukan seks dengan haiwan sewaktu tidur bersama di atas katil. Namun, bintang filem Twilight dan The Batman itu menolak permintaan tersebut. Menurut Pattinson, wataknya dalam filem itu adalah sebagai seorang penjenayah yang cuba menyelamatkan nyawa adiknya. "Karakter saya secara spesifik sebagai seorang penggemar anjing dan percaya mampu mengawal haiwan ini. "Terdapat satu babak di mana pengedar dadah menceroboh ke bilik saya dan saat itu saya sedang tidur bersama anjing (berasmara).
"Pengarah mengatakan, lakukan! Saya menolaknya. Ini sebuah pencabulan terhadap haiwan dan ia (seks) bersama haiwan sangat menjijikkan!" katanya dalam bual bicara bersama Jimmy Kimmel Live! Tambahnya, apa yang membanggakannya adalah walaupun tanpa melakonkan babak menjijikkan itu, filem berkenaan yang ditayangkan di Cannes Film Festival tetap meraih pujian dan layak bertanding dalam salah satu pertandingan berprestij di festival itu iaitu Palme d'Or. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT