Pelakon, Zahirah MacWilson berkongsi pengalaman bergelar ibu setelah selamat melahirkan anak pertamanya, Isaac Raees pada 8 Januari lalu. Aktres berusia 26 tahun ini memaklumkan mahu memberikan tumpuan dan keutamaan kepada anak sulungnya itu, buat masa ini.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza ini tetap akan meneruskan kerjaya seni sebagai seorang pelakon apabila waktunya sesuai. “Sejujurnya sekarang saya dah tak ada masa untuk diri saya sendiri. Kini semuanya hanya fasal anak. Saya rasa itu satu perkara yang normal, lebih-lebih lagi ketika peringkat permulaan sebagai ibu untuk menyesuaikan diri. “Apapun, saya sangat gembira menikmati momen sebagai ibu dan macam sekarang, saya memang nak beri tumpuan sepenuhnya kepada anak saya pada waktu ini.
“Meski saya kini memberi tumpuan yang lebih kepada anak, saya tetap akan fokus kepada kerjaya seni apa bila semuanya sudah okay nanti,” katanya.
|
irvene replied at 30-3-2021 11:31 AM
lantak ko lah! kisah plak aku!
aku komen sebab nak kutip kacang je
Masukkeluar replied at 30-3-2021 12:46 PM
anak dia muka matang, bkn muka typical baby yg cute..
ADVERTISEMENT