Penyanyi terkenal, Misha Omar mendedahkan dirinya masih menanti untuk dikurniakan cahaya mata lagi selepas hampir 7 tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Firros Ezzwan Rosly.
Biar sudah pun memiliki permata hati, dia dan suami tidak pernah merancang mengenai soal anak malah berlapang dada untuk menerima anugerah yang terindah daripada Yang Maha Esa. “Sejujurnya kami tidak merancang malah kami juga menanti berita baik daripada Allah SWT. “Andai kata sudah tiba masanya kami dikurniakan ahli keluarga yang kelima dalam keluarga kami, kami tidak menolak, “Malah kami sentiasa berdoa mudah-mudahan ada rezeki buat kami untuk dikurniakan anak lagi.
“Jadi saya harap juga kepada peminat saya untuk sama-sama mendoakan agar kami diberikan peluang untuk menimang cahaya mata lagi,” katanya.
|
mieymiey replied at 30-3-2021 01:59 PM
Semoga ada rezeki buat Misha dan iols juga
mieymiey replied at 30-3-2021 01:59 PM
Semoga ada rezeki buat Misha dan iols juga
Nana_Man replied at 30-3-2021 02:11 PM
Semoga ada rezeki untk u dan yg lain2. Amin
kechikchomel replied at 30-3-2021 02:25 PM
semoga ada rezeki untuk uolss n kak mitch. aamiin...
comel idris dgn rambut kinting tu :lovelin ...
delia3003 replied at 30-3-2021 02:16 PM
Mati2 iols igt dia dah dapat anak lepas kawen. Iols cuma tau pasal anak angkat lelaki sebelum kawen ...
ADVERTISEMENT