CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Benarkan pelancong selesai vaksin datang Langkawi - Tun M

31-3-2021 12:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3130| Komen: 18|Original author: Raline




pix by Luqman Hakim Zubir

Langkawi: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap orang ramai yang sudah selesai menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 dibenarkan melancong ke Langkawi.

Beliau berkata, langkah itu perlu untuk membantu memulihkan industri pelancongan di pulau itu yang nazak sejak setahun lalu.

"Sejak Covid-19 melanda negara ini, Langkawi memang menderita dan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada orang datang sehingga kedai dan hotel kosong.

"Untuk membantu Langkawi, orang yang sudah kena dua kali vaksin, saya ingat mereka selamat untuk datang ke sini," katanya kepada media selepas sesi tinjauan mesra (walkabout) di Pantai Chenang, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, bagaimanapun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini penggiat pelancongan mula menarik nafas lega selepas berlaku kemasukan pelancong dalam skala kecil.

"Pelancong dari tanah besar khususnya Kedah sudah mula masuk dengan jadual perjalanan feri kini mencecah lima trip sehari dengan setiap feri bawa 600 orang.

"Jadi legalah sikit peniaga-peniaga di sini," katanya.

Beliau berkata, pada masa sama orang ramai yang masuk ke Langkawi perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti memakai pelitup muka dan penjarakan sosial untuk mengekang Covid-19.


Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tang-langkawi-tun-m

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orkuitor 30-3-2021 11:33 AM
Pui, mahatipu
Quote saviour_09 30-3-2021 12:12 PM
pulau langcekikdarahwi
Quote Rogue98 30-3-2021 12:20 PM
Langkawi dah tercemar ....penuh pendatang tanpa izin...air laut pun kotor...Babi hutan pun masih bebas jalan2 kat pantai...nama jer negeri Islam tapi maksiat boleh tahan gak. Dah takde kerja agaknye org2 Langkawi ni.
Quote songhara1226 30-3-2021 02:35 PM
Seperti Lofake dan Pubird ke yg sudah divaksin tu? Sebabtu lah kot diorang honeymoon disana
Quote Normabaru 31-3-2021 12:23 AM
Agk2 la nk keluar statement..semua frontliner je dpt vaksin skrg.. So nk suh depa p holiday dgn sapa? Fmly depa kan blm vaksin lg.. Lainla mumia 96.. bini dpt potong queue
Quote eyansss 31-3-2021 12:37 AM
langkawi ni pantai dia kotor...  aku pelik awat dia tak lawa macam pulau2 lain...  kedudukan ke?  tapi pulau berdekatan tak kotor camtu...
Quote addved 31-3-2021 01:22 AM
Benarkan warganegara menetap diluar negara yang divaksin balik tanpa kena quarantine please please please la
Quote izwan_izi 31-3-2021 01:48 AM
itu je ke yg mampu YB Langkawi buat...

- suruh kerajaan bangunkan dan bg tanah percuma pada pendatang Myanmar di Langkawi..

- Minta kerajaan benarkan aktiviti perlancongan

Tak cukup2 ke menjarah tanah Langkawi tu sejak 30 tahun lepas YB..?

Apa..? takkan takde thinktank yg boleh tlg YB utk memajukan Pulau Langkawi tanpa merosakkan ekosistem dan risiko keselamatan penduduk setempat...?

Kang habis terpadam sejarah susur galur Pandak Mayah di Langkawi tu..Digantikan dgn susur galur Rohingya Bukit Malut..
Quote noor2 31-3-2021 06:41 AM
Apa yg menarik pantai  langkawi ni berbanding pantai2 lain di seluruh malaysia?...
Quote kasibiman 31-3-2021 09:18 AM
noor2 replied at 31-3-2021 06:41 AM
Apa yg menarik pantai  langkawi ni berbanding pantai2 lain di seluruh malaysia?...

30 tahun kutipan hasil sarawak dan sabah dok humban kat langkawi.
Quote noor2 31-3-2021 01:23 PM
kasibiman replied at 31-3-2021 09:18 AM
30 tahun kutipan hasil sarawak dan sabah dok humban kat langkawi.


Oh...patutla sarawak dan sabah slow x maju2 banyak di kawasan pedalaman...
Quote sambaldurian 31-3-2021 01:31 PM
klu yg g secara tour guide tu, letak la bukit malut as destinasion , kata sejarah melayu lama. balik2 g padang beras terbakar, yg beras terbakar tu tinggal semangkuk kecik je tu pun dlm sangkar kaca.
Quote None68 31-3-2021 03:17 PM
Berapa tahunlah baru habis vaksin rakyat malaysia ni
Quote kam3n 31-3-2021 03:51 PM
Baik pergi pulau2 & pantai2 sebelah pantai timur daripada pergi langkawi Heran betul orang gigih nak ke sana.
Kalau setakat coklat murah kat klate pun boleh dapat
Quote jalfa 31-3-2021 03:55 PM
Ini kali saya sokong atok..yg dah dpt sijil vaksin beri jah kebenaran demi kelansungan ekonomi...
Quote Lagubestbest 31-3-2021 04:43 PM
noor2 replied at 31-3-2021 01:23 PM
Oh...patutla sarawak dan sabah slow x maju2 banyak di kawasan pedalaman...

bagi direct kat sarawak kena songlap je lebih.
Quote Skuau 31-3-2021 04:45 PM
Yg kat Bukit Malut tu semua dh dapat vaksin jugok ka???Dapat IC...ada la.....
Quote noor2 31-3-2021 07:34 PM
Lagubestbest replied at 31-3-2021 04:43 PM
bagi direct kat sarawak kena songlap je lebih.

La... hehe patutla susah nk maju...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.039927 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top