Kecaman demi kecaman dihamburkan terhadap Baby Shima walaupun sudah memohon maaf berikutan perkongsian video yang disifatkan menghina tokoh Orang Kelainan Upaya (OKU), Zhariff Afandi.
Lantaran itu, Zhariff menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan Shima sudah menghubunginya dan memohon maaf atas kesilapan itu. Zhariff berkata, dia meminta netizen supaya berhenti meninggalkan komen negatif atau kecaman kepada penyanyi terbabit. Loading FB Post...
"Baby Shima sudah menghubungi saya secara peribadi untuk memohon maaf atas perkongsiannya sebelum ini. Dia juga sudah menjelaskan bahawa dia tidak menyedari yang saya tidak mempunyai tangan. "Bagaimanapun, tidak perlu teruskan lagi kecam ke atas gadis ini. Dia terima terlalu banyak kecaman di laman sosial, di mana ia bukan sesuatu yang baik," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT