Setiap pasangan berumah tangga, sudah pastinya mengimpikan perhubungan tersebut berkekalan buat selama-lamanya. Namun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan selebihnya perlu akur dan reda dengan setiap ketentuan Tuhan.
Seperti perkongsian di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Farhanah Farah memuat naik video dia dan anak-anaknya menghadiri majlis perkahwinan bekas suami. Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat raut wajahnya yang ‘gembira’ melihat suaminya yang berkahwin dengan wanita lain. Kuat betul dia datang ke majlis perkahwinan bekas suami sendiri. Apa yang lebih mengejutkan, dia dijemput sendiri oleh isteri baru bekas suaminya itu.
Bahkan, mereka sempat bergambar bersama di atas pelamin untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang. Menerusi satu video lain, wanita ini menceritakan bahawa isteri baru suaminya itu menjadi punca mereka kembali berbaik demi memastikan anak-anak mendapat kasih sayang secukupnya daripada seorang bapa. Sumber: OhBulan
|
little_sis replied at 31-3-2021 01:00 PM
Maybe dia happy dan bersyukur terlepas dari lelaki tu kot..
Belibis replied at 31-3-2021 12:55 PM
Gembira sakan la,ada pompuan lain sanggup bela bewak dia.{:cryrun
wanita ini menceritakan bahawa isteri baru suaminya itu menjadi punca mereka kembali berbaik demi memastikan anak-anak mendapat kasih sayang secukupnya daripada seorang bapa.
ren14: ex shuben rupanyaye la kita pompuan ni nak xnak kena jugak la berbaik dng partner ex kitaspecially bila ada anak anak dng ex
Zazama replied at 31-3-2021 09:28 AM
Dalam hati hanya Allah yg tau..
ADVERTISEMENT