Selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Dayana Roza berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung. Masih dalam fasa kehamilan trimester pertama, Dayana, atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, berkata buat masa ini dia tidak mengalami sebarang alahan teruk.
"Alhamdulillah kandungan masih baharu lagi, kalau ikut kiraan doktor usia dah lebih 10 minggu... semestinya sangat teruja menerima berita gembira ini. "Syukur awal kehamilan saya tak alami alahan teruk, semuanya normal sahaja... cumanya sekarang tak boleh kalau tak makan. "Kalau saya tertinggal waktu makan, mulalah perut masuk angin dan muntah-muntah... jadi saya kena ada makanan yang boleh kunyah-kunyah," katanya kepada mStar.
Sebelum itu, menerusi Instagram, pelakon drama Seadanya Aku ini berkongsi foto imbasan ultrasound kandungannya.
|
ADVERTISEMENT