CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangun Tidur Lapar, Buruh Nak Bunuh Kakak Sebab Tak Masak Nasi

1-4-2021 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3509| Komen: 35

Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap kakaknya disebabkan tidak memasak nasi dalam kejadian 17 Mac lalu.


Majistret, Majistret Kamarul Hasyme Rosli menjatuhkan hukuman selepas tertuduh, Mohammad Shafiq Romly, 33, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan Mahsuri Romly, 37, untuk membunuh mangsa dan keluarga.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Kubur Tok Pah, Kampung Jambu, di sini, pada jam 9 malam, 17 Mac lalu.


Foto: Berita Harian

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.


Berdasarkan fakta kes, tertuduh mengamuk dengan memaki hamun serta mengugut pengadu dengan berkata ingin membunuh pengadu dengan ahli keluarganya kerana berpunca pengadu tidak masak nasi sebaik tertuduh bangun tidur.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan dan tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd Halim.

Terdahulu, Siti Edabayu memohon hukuman setimpal mengambil kira hubungan tertuduh dengan mangsa pada masa akan datang.

Siti Atikah pula dalam rayuannya memohon hukuman minimum dikenakan kerana percaya tertuduh sudah insaf akan kesalahannya.

"Saya yakin tertuduh sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan itu. Saya juga memohon hukuman bermula dari tarikh ditangkap," katanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman penjara dua tahun bermula dari tarikh ditangkap. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 1-4-2021 09:27 AM
mcm2x hal.. hurmm sbb perut lapar..
Quote dineyta 1-4-2021 09:44 AM
tua bangka dah. pergilah beli sendiri.
Quote Kurex 1-4-2021 09:51 AM
Hantar suspek ke rumah jizzklongklong..
Quote pxlbb 1-4-2021 09:56 AM
hasil didikan anak lelaki dilayan bak raja dan anak perempuan kuli serba serbi, nasib baik tak jadi laki orang, mampus bini kau jadi buruh paksa seumur hidup.
Quote syaz_lina 1-4-2021 10:00 AM
Betul..dimanjakan sangat anak lelaki. Yg perempuan gigih bangun awal nk siapkan sarapan sblm pi kerja. Mmg membawa ke neraka
Quote Belibis 1-4-2021 12:48 PM
Negeri mana?? Kedah?,kelantan? Atau ganu??
Quote hasniey 1-4-2021 12:54 PM
Lapo g la msk megi ke beli nasi bungkus ke order grab ke
Yg ko nak ngamuk2 tu kenapa?ko byr berapa ratus sebulan bg akk ko?bangang
Quote slavehunter 1-4-2021 01:00 PM
Ini contoh bila adik tu tengah membesar ajar buat kerja rumah, baik adik lelaki ker perempuan tetap kena buat kerja, kalau taknak dengar cakap bagi lempang sedas dua.
Quote lattehazelnut 1-4-2021 01:34 PM
Umur 33 tahun xkan la meggi pun xreti nak masak.. or goreng nugget ke..
Quote MsKathryn 1-4-2021 01:45 PM
Padan muka!!!! Jenis yg semua pn nk disediakan... mati lg baik
Quote Adrif 1-4-2021 01:45 PM
suspicious.. berita tak lengkap ni
Quote gideoncross 1-4-2021 04:48 PM
pxlbb replied at 1-4-2021 09:56 AM
hasil didikan anak lelaki dilayan bak raja dan anak perempuan kuli serba serbi, nasib baik tak jadi  ...

Klau dpt llaki yg d layan bak raja sjk kcil, mmg kita sbgai prmpuan yg bkal jdi bini mmg bkal mmpus lh jwpnya. Iol prnh trdngr 2 pompuan ni crita psl laki msing2 x pndai uruskn pakaian sndri, klau bini x iron, jwpnya dia pkailh yg bju ronyok tu. Gila, basic life lesson pun x pndai dorg ni. Msti jnis mak mnja kn dri kcil lgi, bila dh dpt bini, bini jdi babu.
Quote gideoncross 1-4-2021 04:51 PM
syaz_lina replied at 1-4-2021 10:00 AM
Betul..dimanjakan sangat anak lelaki. Yg perempuan gigih bangun awal nk siapkan sarapan sblm pi kerj ...

Jdi prmpuan ni susah, tinggal lh kat dapur tu, buat smua krja baik2 pun blum tntu org nak brtrima ksih tpi klau llaki, wlaupn bodoh, ttap akn d snjung.
Quote gideoncross 1-4-2021 04:54 PM
slavehunter replied at 1-4-2021 01:00 PM
Ini contoh bila adik tu tengah membesar ajar buat kerja rumah, baik adik lelaki ker perempuan tetap  ...

Yg ni iol stuju sbb utk kmudahan diri sndri esp bab cuci bju, jmur & strika & lipat. Klau yg pling basic ni pun dh failed, to the girl yg bkal jdi bini, brsiap-sdia lh jwpnya.
Quote gideoncross 1-4-2021 04:56 PM
lattehazelnut replied at 1-4-2021 01:34 PM
Umur 33 tahun xkan la meggi pun xreti nak masak.. or goreng nugget ke..

Bukn psl x reti tpi mungkin or into d manja kn sjk kcil lgi. Biasalh Mulayu, ank llaki d sanjung wlaupn bodoh, ank prmpuan wajib bljr itu ini.
Quote gideoncross 1-4-2021 04:57 PM
MsKathryn replied at 1-4-2021 01:45 PM
Padan muka!!!! Jenis yg semua pn nk disediakan... mati lg baik

Yg ni iol stuju 100%.
Quote minguk 1-4-2021 05:14 PM
jangan bermain emosi dengan yang lapar
Quote any42 1-4-2021 06:21 PM
Ape kakak ko org gaji ke kje nk jaga perut smorang. lapar nasik p la cri mkn sndri. bnda mudah bt payah. dh kna pnjara mkn la nsi hri2 org sdiakn free kn
Quote slavehunter 1-4-2021 09:20 PM
gideoncross replied at 1-4-2021 04:54 PM
Yg ni iol stuju sbb utk kmudahan diri sndri esp bab cuci bju, jmur & strika & lipat. Klau yg pling ...

Aku rasa memang culture kita kena ubah dari sekarang anak2 lelaki suka atau tak kena buat kerja rumah sendiri atas factor survival. Ni asas kehidupan.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.061145 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top