Umum mengetahui penyanyi wanita terkenal, Demi Lovato kini merupakan seorang lesbian dan dia memberitahu tidak berminat untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki, lapor laman web Entertainment Weekly.
Jelas Lovato, perubahan orientasi seksualnya mendorong dia memutuskan pertunangan dengan aktor Max Ehrich Julai tahun lalu. “Saya tidak kisah jika orang menilai saya atau berkata ini hanyalah drama namun saya tidak berminat kahwini lelaki,” katanya. Biarpun dengan lantang mengakui dia menyukai kaum sejenis, Lovato tidak menolak kemungkinan akan kembali mencintai lelaki kelak. “Saya tidak tahu sama ada saya akan berubah dan kembali mencintai lelaki 10 tahun akan datang atau sama ada saya tidak akan berubah langsung, namun yang pasti saya sangat menerima diri saya sekarang,” jelasnya lagi. Sumber: Kosmo!
|
CiliPadiSedap replied at 1-4-2021 02:08 PM
biasa lesbian ni title je tp realiti beli kt shopee dildo ada torchlight jua.
ADVERTISEMENT