Campak alat kelamin dipotong ke dalam lubang tandas cara seorang wanita di bandar Changhua, Taiwan melepas geram selepas mengesyaki teman lelakinya berlaku curang. Kosmo! melaporkan, suspek berusia 40 tahun asal Vietnam itu bagaimanapun menyesal atas perbuatannya dan menyerah diri kepada polis .
Menurut laporan, dalam kejadian jam 11 malam pada Khamis itu, mangsa, Huang, 52, berasa sakit di bahagian sulit sebaik bangun tidur akibat digunting suspek. Polis serta pasukan paramedik tiba di lokasi kejadian mendapati sepasang selipar berdarah ditemui di luar rumah selain suspek mengakui alat sulit dipotong itu dibuang ke dalam tandas. Huang yang kehilangan banyak darah dihantar ke hospital untuk prosedur pembedahan bagi memperbaiki saluran kencingnya. Walaupun insiden tersebut tidak mengancam nyawa, alat sulit Huang hanya tinggal 20 peratus iaitu kira-kira 1.5 sentimeter memandangkan bahagian yang dipotong tidak dapat ditemui dan disambung semula.
Menurut Huang, dia ‘pengsan’ selepas makan mi ayam yang dicampur wain Huadio yang biasa digunakan dalam masakan Cina dan mempunyai peratusan alkohol kira-kira 16 peratus. - CARI
|
insulin replied at 1-4-2021 10:50 PM
Tolong potong biji kelentit perempuan jahat ni. Barulah adil dan saksama.
insulin replied at 1-4-2021 10:50 PM
Tolong potong biji kelentit perempuan jahat ni. Barulah adil dan saksama.
MissYouSayang replied at 2-4-2021 09:26 PM
Ko igt biji tu panjang sgt mcm kotey ke siap leh potong2 ni.
MissYouSayang replied at 2-4-2021 09:26 PM
Ko igt biji tu panjang sgt mcm kotey ke siap leh potong2 ni.
izwan_izi replied at 2-4-2021 10:46 PM
hello sisthur..pernah berlaku laa..siap masuk berita lagi 2-3 tahun lepas..
yg kes isteri dikej ...
ADVERTISEMENT