CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nampak Macam Baby Bump, Elizabeth Tan Disangka Dah Hamil

2-4-2021 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5817| Komen: 16

Perkongsian foto terbaharu penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan di Instagram menarik perhatian pengikut apabila ada yang menyangka dia kini sedang hamil.


Foto: IG

Dalam muat naik tersebut, Elizabeth atau nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei, 28, bergambar kenangan bersama pelakon drama Pi Mai Tang Tu iaitu Angeline Tan.

Namun apa yang mencuri perhatian peminat ialah keadaan perut Elizabeth yang dilihat sedikit berisi seakan-akan seperti baby bump.



"Saya nampak sesuatu... tak lama lagi la ni!

"Wow baby bump! Ada berita baik ke nak kongsi dengan kami?

"Baju tu besar kot, bukan macam yang dijangka... baru kahwin macam mana boleh mengandung secepat itu!" demikian antara komen peminat.



Mengakui lucu membaca komen yang ditulis pengikut, Elizabeth tampil menjawab persoalan mereka itu menerusi ruangan Instastory.

"Guys... saya belum mengandung," katanya dengan menyertakan emoji ketawa.


Penyanyi lagu Semua Sudah ini selamat mendirikan rumah tangga dengan usahawan dikenali sebagai Siew Jim pada 20 Mac lalu.

Pada awalnya pasangan ini merahsiakan perkahwinan mereka, namun berita itu tersebar dan dikongsi oleh kenalan termasuklah bapa sendiri, David Tan Suan Chew melalui media sosial tanpa pengetahuannya.




Menganggap hal perkahwinan adalah perkara peribadi, Elizabeth selepas itu tampil memohon maaf kepada peminat dan pihak media kerana merahsiakan perkahwinan itu.

"Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi... saya ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan media.

"Pada saya memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa-apa. Saya masih Lizzy yang sama dan berharap semua dapat terima dan hormat keputusan ini," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 2-4-2021 05:06 PM
Oo patut la ttiba kawin?
Quote makcun14 2-4-2021 05:11 PM
Nampak buncit tu sebab cutting baju rasanya, bukan pregnant.
Kalau betul pun pregnant so what . Sheols non muslim kan
Quote makadek 2-4-2021 05:15 PM
Eh cina mmg taste drive dulu..bila preggy bru daftar
Quote anggeriklatifah 2-4-2021 05:20 PM
eh kawan chinese iols tempat kerja lama..siap pakai bju mengandung lg ye...dah 4 bulan ..pastu tibe2 kahwen secara officially...pastu cam happy cam takde ape2 berlaku...dah kafir kan
so if dia dah preknant 4 bulan ke 5 bulan ke...ape adehalll...dah dia cina non muslim

lain ler islam melayu
Quote Nana_Man 2-4-2021 05:28 PM
Kwn2 cina aku pun dah pregnant baru rushing nk kawin. Haha.
Quote akidhuyuf 2-4-2021 06:16 PM
Tahniah kqlqu betul, sure cute like her
Quote SayaSayangMama 2-4-2021 06:42 PM
Nana_Man: Kwn2 cina aku pun dah pregnant baru rushing nk kawin. Haha.


Knp diorg tak tunggu leas bersalin baru kawen in case klu rushing la..
Quote gideoncross 2-4-2021 10:26 PM
anggeriklatifah replied at 2-4-2021 05:20 PM
eh kawan chinese iols tempat kerja lama..siap pakai bju mengandung lg ye...dah 4 bulan ..pastu tibe2 ...

Non Muslim mmg x kisah, Jepun ke SKorea ke, Barat lgi lh, xyah jauh, Zayn & Gigi tu yg pling ktara. Klau kat SKorea, EXO Chen, blum khwin tpi gf dh pregnant & bila dh pregnant, bru nak khwin.
Quote ina_na 2-4-2021 10:42 PM
Dia org ni biasa la.. Nsb baik mengandung kawin...kawan aku anak dah darjah 1 br kawin.. Tu pun dia ckp sbb anak dia tanye knp x de gambar kawin..
Quote mai 2-4-2021 10:46 PM
SayaSayangMama replied at 2-4-2021 06:42 PM
Knp diorg tak tunggu leas bersalin baru kawen in case klu rushing la..

Kalau beranak dlm ikatan perkahwinan, anak tu dikira sebagai anak pompuan and laki tu, dari segi undang2. Even if bapak baby tu laki lain. Lol
Quote kiah_mai_pulak 2-4-2021 11:04 PM
anggeriklatifah replied at 2-4-2021 05:20 PM
eh kawan chinese iols tempat kerja lama..siap pakai bju mengandung lg ye...dah 4 bulan ..pastu tibe2 ...

melayu pun lebih kurang je.. byk duit sikit menyorok je kat oversea.. dh nk terberanak, baru balik malaysia...
Quote Cece1234 2-4-2021 11:13 PM
Lantakla dia..bukan islam pun..
Quote SayaSayangMama 2-4-2021 11:36 PM
mai replied at 2-4-2021 10:46 PM
Kalau beranak dlm ikatan perkahwinan, anak tu dikira sebagai anak pompuan and laki tu, dari segi u ...

I see klu x sorg sorg plk kena tanggung anak tu yek
Quote mawardia 4-4-2021 12:07 AM
Oh patutlah.
Quote lattehazelnut 4-4-2021 12:11 AM
Lawa lucy awet muda..
elizabeth tan je nmpak 30an.. xtaw knp bbnu suka sgt..
Quote chekacheku 4-4-2021 10:45 PM
Bkn ada halal haram pun..congrats lizzy

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.144691 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top