Penyanyi, Kaka Azraff mengakui sengaja membuatkan suaminya cemburu untuk memujuk insan tersayangnya itu supaya turut sama muncul dalam video muzik single terbaru nyanyiannya, Janjiku.
Kaka ketika ditemui berkata suaminya, Adam Azriff pada awalnya tidak mahu berlakon dalam video muzik lagu Janjiku ciptaan komposer MFMF dan Tysha Tiar itu. "Pada awalnya, dia (suami) tak mahu berlakon bila saya ajak. Jadi, pihak pengurusan dan pasukan produksi pun mencari model sebagai pelakon. "Bila dibentangkan mengenai jalan cerita dan babak-babak romantis yang akan saya lakonkan dengan model itu, Adam akhirnya mengalah dan bersetuju untuk berlakon juga," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Kaka, dia juga sebenarnya lebih selesa untuk berlakon dengan suami sendiri.
|
ADVERTISEMENT