Selepas tiga kali tertangguh, Dr Amalina Che Bakri ankhirnya sah bergelar isteri kepada jejaka Inggeris dikenali sebagai Alex. Berita genbira itu dikongsikan Dr Amalina di Instagram pada malam Jumaat. Menerusi hantaran itu, Dr Amalina dan Alex sah bergelar suami isteri pada 31 Mac lalu di London.
Katanya, sudah tiga kali mereka menangguhkan majlis perkahwinan gara-gara pandemik Covid-19. Pun begitu, hanya enam tetamu hadir di hari bahagianya itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"Pada asalnya, kami merancang mengadakan majlis perkahwinan di Malaysia pada Mac dan di London pada Jun akan datang, tetapi tergendala kerana pandemik. "Tetapi, kami terpaksa tangguhkan majlis resepsi sehingga keadaan kembali seperti biasa. "Kami teruja untuk meraikan hari bahagia ini bersama keluarga tersayang dan sahabat kami nanti," katanya. Sumber: Gempak
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|