Biarpun sudah berulang kali diingatkan agar tidak mengambil gambar atau video mana-mana individu tanpa izin, masih ada yang tidak mendengar kata. Lebih dasyat, ada yang memuat naik ke media sosial, lalu mengharapkan empunya badan tidak mengetahuinya. Terbaharu, seorang pengguna TikTok memuat naik video yang telah direkodkan secara curi-curi, lalu mengecam tindakan individu tersebut. Video yang memaparkan dia dan keluarganya sedang makan di sebuah restoran diiringi dengan kapsyen kekaguman lelaki tersebut terhadap kecantikannya. Menurut Nur Hanis lagi, dia dan suaminya tidak senang dengan isi kandungan video tersebut, malahan merasakan ruang peribadinya telah diceroboh! "Kepada tuan yang ambil video kami sekeluarga tanpa izin, saya dan suami tidak selesa dengan video ni. Jangan jadikan keluarga kami bahan content anda." Dengan kapsyen individu tersebut yang memerhatinya makan, basuh tangan, melayan dua anak dan suaminya, lelaki tersebut turut meminta maaf kerana merakamkan video terbabit. Bagaimanapun, sebaliknya pula berlaku apabila dia pula yang menerima komen negatif daripada netizen. Banyak tuduhan diterima yang kononnya dia yang sengaja menimbulkan huru hara dan seronok mendapat perhatian individu tidak dikenali. Apa pula pendapat anda? Salahkah meminta keadilan? Atau betul ia strategi pemasaran seperti didakwa netizen? - CARI |
Kurex replied at 4-4-2021 10:56 AM
Ke kau suruh kawan sendiri yg record? Twotter & tiktoktok tak boleh caya
mama_neko replied at 4-4-2021 11:03 AM
aku rasa gaya cmtu dah.. dah viral, satgi tgk, tup tup keluar product.. muka and make up style dah ...
ina_na: Tgk dr gambar atas tu x de la lawa nau2.. Putih ye la..
ina_na replied at 4-4-2021 11:23 AM
Tgk dr gambar atas tu x de la lawa nau2.. Putih ye la..
sarah82 replied at 4-4-2021 12:14 PM
Kekadang aku terfikir.. Warna mata kita yg cantik tu tak cantik kah sampai kena pakai lens warna yg ...
sarah82 replied at 4-4-2021 12:14 PM
Putih pun.. Bukan putih original..kulit dia putih mayat.
Amigurumi replied at 4-4-2021 01:23 PM
Betul kak sarah..beza kot warna anak mata yg dianugerahkan dgn contact lense. Tak kira la warna k ...
malaygirl replied at 4-4-2021 01:36 PM
Baru nak komen macamni. Putih dia tu putih mayat. Putih y xlawa
mama_neko: aku rasa gaya cmtu dah.. dah viral, satgi tgk, tup tup keluar product.. muka and make up style dah mcm style founder2 product sampah dah....
ADVERTISEMENT