Seorang bayi di Irak dilahirkan dengan tiga alat kemaluan, sekali gus menjadikan ia kes pertama di dunia yang dilaporkan dalam jurnal perubatan. Menurut International Journal of Surgery Case Reports seperti dipetik Suara.com, doktor di Kurdistan mendakwa keadaan bayi itu dikenali sebagai triphallia.
Daily Mail melaporkan, bayi berkenaan berusia tiga bulan ketika diketahui memiliki tiga alat kemaluan dan tidak diketahui mengapa keadaannya itu tidak dikesan ketika dilahirkan. Difahamkan, ibu bapanya berasal dari Duhok membawa bayi itu ke hospital kerana skrotumnya bengkak dan ada dua tonjolan kulit. Menurut doktor, dua tonjolan itu adalah zakarnya sepanjang 2 sentimeter dan 1 sentimeter. Bagaimanapun, kedua-duanya dilaporkan tidak berfungsi selain tidak memiliki uretra.
Hingga kini, belum ada laporan lanjut menunjukkan sama ada dua alat kemaluan itu terhubung ke sistem reproduksi. Malah, hanya satu daripadanya memiliki kepala zakar. Kali pertama kes supernumerary penis didiagnosis adalah pada 1609 di mana bayi lahir dengan lebih dari satu kemaluan. Difahamkan, sekitar 100 kes bayi dilahirkan dengan dua zakar dilaporkan dalam jurnal perubatan dan hanya beberapa kes dilaporkan kedua-dua alat kemaluan itu berfungsi. Sebelum ini, doktor di India mendakwa seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lahir dengan tiga kemaluan dan tanpa dubur, tetapi kes itu tidak ditulis di dalam jurnal perubatan. - CARI
|
ifanonline replied at 4-4-2021 04:09 PM
apabila besar kelak, bayi ini perlu mencari wanita yg mempunyai tiga faraj
ADVERTISEMENT