Meghan Markle tidak akan kembali ke United Kingdom (UK) selepas konflik dengan keluarga diraja Britain dan persepsi kurang baik terhadap dirinya dalam kalangan rakyat. Gambaran itu dikatakan oleh seorang pengarang diraja, lapor Mirror.
Wawancara Meghan bersama pengacara Oprah Winfrey di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, membuat pendedahan kurang senang mengenai keluarga diraja sehingga menyaksikan konflik dalaman. Menurut pengarang diraja, Anna Pasternak, Meghan kini menangguhkan perjalanannya kembali ke UK kerana dia merasakan hilang kepercayaan dan sokongan rakyat Britain. Bercakap kepada Fox News, Anna berkata: "Adakah Meghan Markle akan kembali ke UK? "Jawapan spekulatif saya mengatakan tidak, jika ia tidak dapat membantunya," katanya. "Saya tidak lagi melihatnya sebagai ahli keluarga diraja yang disayangi dan dihargai dengan rasa hormat dalam kalangan rakyat Britain," katanya.
Pelbagai dakwaan yang ditimbulkan menerusi wawancara itu, termasuk pasangan tersebut telah berkahwin tiga hari sebelum perkahwinan diraja. Sumber: mStar |
bloodyamuk replied at 4-4-2021 02:38 PM
kahkahkah engko yang hadap nak kawen seorang prince...dah tau keturunan dia dasar colonist penjajah ...
missyL replied at 4-4-2021 04:17 PM
Kan.
Da kawen ngn Royal kene la ikut jgk cara dieorg.
Setiap family pn ade masalah
Mary_jane replied at 4-4-2021 05:03 PM
Yang prince tu plak macam tak reti fikir, ikut je kata bini. Buta mata hati harry dek meghan. Jangan ...
CaqJora replied at 4-4-2021 10:37 PM
Tgk x part dia ckp kat Oprah bila 1st time Harry nk bwk dia jumpa his granny? Dia komplen sbb ada by ...
CaqJora replied at 4-4-2021 10:37 PM
Tgk x part dia ckp kat Oprah bila 1st time Harry nk bwk dia jumpa his granny? Dia komplen sbb ada by ...
ADVERTISEMENT