Teguran terhadap Datuk Seri Siti Nurhaliza khususnya berkaitan dan imej serta beberapa keputusan membabitkan perniagaannya bukanlah sesuatu yang baharu. Paling kerap menerima teguran ramai termasuk ahli kelab peminatnya iaitu Sitizoners ialah berkaitan penampilan Siti ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.
Selain isu pakaian, rekaan kulit album Siti berjudul ManifestaSITI2020 turut dikritik ramai. Menurut mereka, kulit album tersebut kelihatan tidak bersesuaian dengan status Siti malah ada di antaranya turut menyamakan rekaan kulit album ManifestaSITI2020 seperti kulit wajah hadapan majalah hartanah. Mengulas lanjut mengenai isu kritikan terhadap hasil kerjanya, isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini meminta peminatnya agar jangan mudah untuk memperlekehkan hasil usaha mana-mana pihak dalam pasukannya.
"Alhamdulillah kerana team SNP (Siti Nurhaliza Production), saya bertahan sampai sekarang dengan cara dan strategi yang kami buat. Begitu juga dengan produk saya. "Jadi, saya harap jangan mudah menjatuhkan dan memperlekehkan kerja-kerja insan yang dah bertungkus-lumus menjaga reputasi dan kerja-kerja saya," katanya. Selain itu Siti turut menambah, dia merupakan orang terakhir yang akan membuat setiap keputusan bagi setiap produk dan hasil kerja seninya. "Keputusan akhir semua di tangan saya dalam setiap kerja yang dibuat. Terima kasih bagi yang sentiasa memahami. "Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada kita sendiri. Siti Nurhaliza tulis sendiri ni!" katanya. Sumber: mStar
|
Daftpunk_shine replied at 5-4-2021 07:03 AM
Ermn. CT baca porem tak?
Daftpunk_shine replied at 5-4-2021 07:03 AM
Ermn. CT baca porem tak?
Cekla replied at 5-4-2021 07:48 AM
Aku minat lagu je..tak jadik hal la dengan penampilan..
Jangan acah2 penunggang agama sudah
Sat pu ...
gerbera.memopad replied at 5-4-2021 10:39 AM
Oh, semua keputusan akhir di tangan dia jadi jangan salahkan team dia la lepas ni kalau pakai baju h ...
laksmanabentan replied at 5-4-2021 10:04 AM
lepas tu gunakan alasan urusan berniaga tp honeymoon...
niat tidak menghalalkan cara woooiiiii. ...
ADVERTISEMENT