Sebelum ini, Putera William dinamakan sebagai lelaki botak paling seksi di dunia. Kali ini, Presiden Rusia Vladimir Putin pula diundi sebagai lelaki paling seksi di Rusia. Meskipun sudah berusia 68 tahun, Putin tetap menjadi pilihan rakyatnya sebagai lelaki paling seksi. Anugerah ini diterima selepas satu kajian dibuat ke atas 1,000 lelaki dan 1,000 wanita dari 300 bandar berbeza di Rusia. Hasil kajian mendapati 18 peratus lelaki dan 17 peratus wanita memilih Putin sebagai lelaki paling seksi berbanding calon lain. Lebih mengagumkan, Putin satu-satunya calon yang menerima undi sebanyak dua digit, berbanding calon lain yang hanya menerima satu digit undian.
Bagaimanapun, undian Putin jatuh kepada satu peratus berbanding tahun lepas. Untuk rekod, Putin juga memenangi anugerah lelaki paling seksi di Rusia pada tahun 2020. Menariknya tentang kajian ini, Putin berjaya menewaskan atlet dan pelakon kacak yang turut tersenarai dalam undian. Antara pelakon yang tewas ialah Danila Kozlovsky, Konstantin Khabensky dan atlet Khabib Nurmagomedov. Sumber: Lobak Merah
|
ADVERTISEMENT