Keluhan terbuka ramai selebriti senior tentang sikap pendatang baharu industri hiburan nampaknya sedikit sebanyak berjaya mengundang rasa malu dan kesal dalam kalangan mereka. Antara golongan junior yang muncul memberi respon tentang keluhan itu ialah vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham dan pelakon serta penyanyi Afieq Shazwan.
Menurut Afieq atau nama sebenarnya, Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, 24, sikap tidak menghormati selebriti senior menyebabkan pelapis industri hiburan tempatan sering dipandang serong. “Tapi janganlah anggap semuanya begitu, ada je yang masih menganggap dirinya kecil dalam industri dan tetap bangga dengan yang senior," kata Afieq Shazwan. Sementara itu ujar Ayie atau nama sebenar, Nik Fadlee Elhamshah, 24, sikap acuh tidak acuh segelintir pihak dengan dunia seni menyebabkan imej golongan junior yang ikhlas mahu mencari rezeki turut tercalar.
Dalam pada itu, pelakon Mawar Rashid pula mempunyai pendapat tersendiri berhubung isu ini. Mawar berkata artis senior tidak perlu menghebahkan tentang 'kelemahan' artis baharu sebaliknya menggunakan kaedah yang lebih lembut untuk menyampaikan teguran. Keluahan artis senior mula mendapat perhatian selepas mStar melaporkan mengenai kenyataan Rusdi Ramli yang kesal dengan sikap segelintir selebriti junior ketika di set penggambaran. Susulan itu makin ramai pelakon senior tampil menyatakan pengalaman masing-masing berdepan golongan berkenaan yang dilabel sebagai ‘diva’. Mereka yang bersuara termasuk Datuk Fizz Fairuz, Izara Aishah, Sheila Mambo serta Rita Rudaini. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT