Seorang peguam berkongsi pengalaman buruk ketika berkunjung ke sebuah kafe di dalam sebuah pusat beli belah baru-baru ini. Nor Zabetha berkata, ketika itu dia berhasrat untuk membelanja dua rakannya menikmati makanan di kafe yang terkenal dengan 'salted egg pastry'.
"Setibanya kami di sana tempat penuh. Waktu kami mencari tempat duduk, pengurus cafe maklumkan kedai penuh. "Saya memang sudah janji hendak belanja, jadi selepas 30 minit kami datang kembali ke cafe. Dia maklumkan, satu meja hanya dua orang. Meja jangan sambung. "Dia minta kami tunggu sebentar untuk kemas meja. Kami tunggu, dia pesan hingga tiga empat kali, meja jangan sambung! Bukanlah kami tidak faham, sudah dewasa kami semua. Cukup faham. "Kami duduk, kemudian kami berikan QR Code menu online untuk pesanan. Kami buka menu, semuanya sold out. Habis semua sold out dalam menu tetapi atas kaunter penuh segala pastri, saya minta PA saya belikan terus pastri di kaunter dan kami melayari menu lain melalui QR," tulisnya.
Tidak lama kemudian, rakannya yang selesai membuat pesanan di kaunter datang kembali ke meja dan memaklumkan harga untuk tiga jenis item iaitu satu donut dan dua cronut berharga melebihi RM100, sekal igus membuatkannya terperanjat. "Kata orang di kaunter, ini harga keseluruhan termasuk dalam QR Code yang kami order. Kami langsung tidak pesan lagi. Rupa-rupanya dia tekan harga order meja sebelah. Kata PA saya, budak kaunter itu memang kasar. "Saya tiada sana waktu itu. Kalau saya, belum tentu boleh sabar. Kami panggil dia berkenaan order RM106.70. Saya rasa dia sudah salah tekan. Dia datang, dengan muka tertekan dan stress. "Dia kata pada PA saya 'Sebab itulah saya minta akak confirmkan tadi sebelum bayar', suaranya agak tinggi. Mukanya ketat. Pelayan itu geleng kepala sambil menjeling dan mengarahkan PA saya membontotinya ke kaunter," kongsinya mengimbas kembali insiden tersebut. Melihat situasi tersebut serta merta membuatkan dirinya hilang sabar kerana merasakan layanan yang diberikan agak keterlaluan. Peguam itu lantas pergi ke kaunter bersama-sama dengan rakannya dan berhasrat memberi sedikit teguran atas layanan biadab pelayan tersebut. "Saya pergi ke kaunter, saya jumpa pengurus. Kata sahabat saya Nadia, batalkan sahaja semuanya. Keterlaluan dan melampau. Saya kata 'I do understand if you are stressful. I am also stressed at times! But you need to respect people. I thought this place is supposed to be very high end. The way you treat people. You people are so rude". "Sambil saya bercakap tiada permohonan maaf daripada pelayan tersebut. Pengurusnya hanya kata 'We are sorry puan'. Terus dia segerakan hendak pulangkan semua duit kami. "Bukan saya hendak create scene tapi ini berkenaan adab. Budak ini usianya kurang daripada 25 tahun saya rasa. Kita bukan minta dilayan seperti raja tetapi hanya budi bicara dan hormat," tulisnya lagi. Sumber: mStar
|
opie5662 replied at 5-4-2021 09:08 AM
Dottys la tu
HoneyManjer replied at 5-4-2021 11:48 AM
dottys ni over hype kan?
tatahu la if chuols rasa best...
i pernah p (kawan belanja gak)
anakmak replied at 5-4-2021 12:11 PM
Oh yaaa la
Ada lagi tak delifrance tu
Lama x pergi
HoneyManjer replied at 5-4-2021 11:48 AM
dottys ni over hype kan?
tatahu la if chuols rasa best...
i pernah p (kawan belanja gak)
addved replied at 5-4-2021 03:30 PM
Yup setuju sangat-sangat.
Over rated, pergi sekali dah tak nak pergi dah sampai bila-bila.
HoneyManjer: dottys ni over hype kan?tatahu la if chuols rasa best...i pernah p (kawan belanja gak)makanan dia biasa2 ja...takde la gempak pun...ambiance pun ala2 ...
anakmak replied at 5-4-2021 12:11 PM
Oh yaaa la
Ada lagi tak delifrance tu
Lama x pergi
HoneyManjer replied at 5-4-2021 01:43 PM
hahaha...nasib ada geng...
xdak dah delifrance tu...
zaman2 kita jek kut tau delifrance...
pittjie replied at 7-4-2021 10:53 AM
dah bukak balik sis. kat publika. aa meh la serbu. tapi mmg geng2 otai je tau delifrance ni
HoneyManjer replied at 5-4-2021 03:48 AM
dottys ni over hype kan?
tatahu la if chuols rasa best...
i pernah p (kawan belanja gak)
Bholatchomel replied at 5-4-2021 02:57 PM
tp kan memang perasan budak pompuan muda yang kerja F&B sekarang ni banyak yang kurang hajo.. suka ...
ADVERTISEMENT