Dulu Khai Bahar dikaitkan dengan Siti Nordiana, sekarang dengan Nabila Razali pula. Segalanya bermula bila kedua-duanya memuat naik gambar sama di majlis resepsi Syamel dan Ernie Zakri.
Ramai yang kata mereka sedang bercinta. Mengulas mengenainya, Khai kata, sebenarnya tiada apa yang stimewa antara mereka.
"Ketika itu acara bergambar dan secara kebetulan kami berada berdekatan satu sama lain. Sebab tu kami ambil gambar sekali dengan Ernie dan Syamel. "Mengenai emoji 'love' yang saya tulis itu memang tiada bawa maksud apa-apa pun. "Saya memang suka berkawan dan perkara ini tidak menjadi hal buat saya sebab sebelum ini pun saya dah banyak kali dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita lain," katanya kepada mStar.
Di ruangan komen ramai pula kata mereka berdua ni sepadan dan nampak serasi. Malah tindakan Nabila dan Khai yang berbalas komen emoji Love juga membuatkan ramai netizen tertanya-tanya. "Saya masih lagi solo dan tidak tergesa-gesa untuk cari calon isteri. "Kriteria wanita idaman saya tidak semestinya bertudung, kalau dia free hair pun saya terima," tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|