Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Ia bermaksud apabila berada di tempat orang atau negara orang, kita harus ikut adab atau aturan tempat baharu itu.
Apatah lagi jika kita merupakan tetamu, sewajarnya kita menjaga adab dan perilaku sebagai menghormati tuan rumah. Namun masih ada individu yang tidak mempunyai 'common sense' sebagai tetamu, sebagaimana luahan yang dikongsikan seorang pelayar ini. Menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT), pelayar ini berkongsi kisah mengenai adik beradik ipar yang mempunyai perangai buruk apabila berkunjung ke rumahnya.
"Mentua saya tinggal dengan saya. Alhamdulilah kami OK saja bahagia, ada masalah-masalah kecil kami terus bincang elok-elok. "Cuma ada satu perkara. Adik beradik isteri saya selalu datang rumah kami untuk melawat mak, biasanya bermalam satu atau dua hari. Saya tak kisah pun mereka datang tidur beberapa hari. "Yang saya kisah, mereka tak jaga kebersihan. Kalau dah balik, tempat tidur tinggal macam tu saja. Kalau lipat toto, macam tak lipat dan letak di tempat yang disediakan," luahnya. Apa yang lebih membuatkan pelayar ini bengang, adik beradik iparnya hanya tahu goyang kaki dan tidak langsung menjenguk ke dapur untuk membantu isterinya memasak. "Sibuk main handphone... pinggan cawan memang tak la nak basuh. Lepas minum cawan tak basuh, nak minum ambil cawan lagi. Bersusun... saya kesian dengan wife, dia selalu mengadu penat melayan adik beradiknya sendiri. Mereka ni tak ada rasa kesian ke dekat kami?" tulisnya lagi. Memandangkan sikap lepas tangan tersebut, pelayar ini dan isterinya terpaksa bergotong royong membersihkan kembali rumah mereka selepas kepulangan adik beradik iparnya. "Kesian dekat tuan rumah. Kami ni tak nak bising-bising, nanti merajuk. Dan kalau datang rumah melawat mak, bawalah buah tangan... ini datang berlenggang. Balik tinggalkan pula kerja untuk kami. "Aduhai, korang dah besar tapi perangai tak matang langsung. Harap yang baca ni dapat berubah," tulisnya lagi. Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga hampir 150 shares di Facebook. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan dan mengesyorkan agar pelayar tersebut menegur sikap ipar duainya agar kejadian sama tidak berulang. "Nak tamatkan situasi makan hati ni senang se... suruh isteri sound. Kalau tak 'jalan', awak pula sound. "Kena tegas. Kalau tak faham bahasa ni memang susah nak cakap. "Cadangan, beli stok pinggan mangkuk pakai buang. Tuan rumah pun pakai sekali kalau mereka datang. Lepas mereka balik, pakai pinggan mangkuk biasa," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
pxlbb replied at 5-4-2021 03:37 PM
Mamazat ke yang merempan ni chuols
chandrahusin replied at 5-4-2021 04:58 PM
Yg pemalas ni mmg tak tau malu ke
Mcm mana tebal muka datang rumah org boleh buat bodo
Cuci pingga ...
batmana replied at 5-4-2021 03:53 PM
laki cmni jenis dayus
tak pandai jaga isteri
anakmak replied at 5-4-2021 05:31 PM
Masuk syllabus sch pon belum tentu lulus kalau dah dasar pemalas dan tak tau malu
Ipar duai ni ...
ADVERTISEMENT