Penerbit terkenal Datuk A Aida terharu apabila anak sulungnya, Wan Az Aleesa, 25, berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada majlis konvokesyen yang diadakan di pusat pengajian tinggi itu di Bangi, semalam.
Aida, 51, atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, dari kecil lagi dia sudah tetapkan anak sulungnya itu perlu menjadi doktor. "Alhamdulillah, dia sudah tamat belajar dan selesai konvokesyen. Namun, semalam tak boleh ikut serta disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selain peraturan universiti. Jadi, saya tunggu di rumah saja. "Sebenarnya, menjadi ibu tunggal yang besarkan tiga anak dengan karakter berbeza teramat perit. Kadang-kadang menangis sendiri.
"Saya memang pentingkan pendidikan anak-anak. Saya sudah tetapkan anak pertama kena menjadi doktor dan selalu ingatkan dia. Saya asah dan tanamkan minat dia dari kecil. Alhamdulillah, dia okay dan ikut. Kiranya buku memang teman baik dia. Walaupun tidak membesar dengan bapa kandungnya, saya bersyukur Allah hantar Prof Madya Datuk Dr Ustaz Ariff sebagai bapa angkat anak-anak saya. Dia yang membantu anak-anak dalam pelajaran," katanya kepada Harian Metro. Menurut A Aida, Aleesa bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana Irritable Bowel Diseases (IBD) Gastroenterologist di Fakulti Perubatan, HUKM. Anak keduanya, Wan Eva Natassha, 20, pula dididik untuk menjadi akauntan dan anak ketiga, Muhammad Rahul, 13, menjadi peguam. Wan Az Aleesa dan Wan Eva Natassha adalah anak hasil perkahwinan dengan penyanyi, Ameng, manakala Rahul pula menerusi perkahwinan ketiga dengan pegawai polis. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Mulotkoyak: Dietetik tu doctor ke??? So aku ni doctor laaa erk.. Tibahhhh
cap_ayam replied at 5-4-2021 04:17 PM
anak dia mungkin dah eksplain kat mak .. tapi mak tetap anggap anak lulus doktor..
awanysss replied at 5-4-2021 04:20 PM
fakulti perubatan terus mak dia igt doktor kot
takpe next stage,amik phD dapat la doctor tu.. ...
Mulotkoyak replied at 5-4-2021 03:51 PM
Dietetik tu doctor ke??? So aku ni doctor laaa erk.. Tibahhhh
red_velvet replied at 5-4-2021 04:34 PM
Ingat btulla bakal duktur.. sekali baca dietetik .. .. ni macam makcik2 bawang kt kampung la n ...
ADVERTISEMENT