Pelawak Shuk Sahar mengakui hilang banyak pekerjaan termasuk ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Hot FM, namun dia tidak kisah asalkan keluarganya di sisi di saat-saat getir.
"Kalau dulu ada duit lebih tapi hubungan keluarga renggang, tapi sekarang saya dapat semula keluarga saya walaupun tawaran kerja banyak hilang," katanya. "Saya bersyukur hubungan saya dengan isteri dan ahli keluarga semakin rapat. Saya juga bersyukur dapat semula keluarga selepas macam-macam dugaan yang datang. "Saya anggap kehilangan beberapa tawaran kerja adalah harga yang perlu saya bayar. Saya tak kisah asalkan keluarga bersama saya sekarang ini. Apa yang boleh saya katakan, Sera seorang wanita yang kuat dan saya tak pernah salahkan dia atau sesiapa dengan apa yang berlaku. Malah saya letak semua kesalahan atas diri saya," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan pertama air minuman, Semooth di Wangsa Maju.
|
manehnya replied at 6-4-2021 09:34 AM
pastu ? nk kena canang 1 malaysia ke hapa...?
monreyes replied at 6-4-2021 11:10 AM
blajo x pandai...muka x hensem...
tapi boleh hidup mewah...
lenkali kena la bersyukur lebih sikit. ...
kucingitam replied at 6-4-2021 11:49 AM
pakai bra plss..gelilah
ADVERTISEMENT