Pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai mendedahkan dia pernah menolak tawaran membintangi filem Troy bergandingan bersama aktor Brad Pitt. Menurut laporan Indian Express, Aishwarya berkata dia terpaksa melepaskan peluang itu kerana terikat dengan beberapa kontrak lakonan lain.
"Ada banyak hal yang saya tidak yakin dalam masa yang panjang... cara kerja di sana dan di sini berbeza, ada batas waktu tertentu. "Seluruh jadual filem ini dibatasi dan itu merupakan satu perkara yang sangat baru untuk saya," katanya yang memaklumkan penggambaran itu mungkin mengambil masa sehingga sembilan bulan. Troy arahan Wolfgang Petersen dibintangi oleh Eric Bana, Orlando Bloom dan Dian Kruger.
Watak yang ditawarkan kepada Aishwarya Rai akhirnya dilakonkan oleh Rose Byrne. Filem ini ditayangkan di seluruh dunia pada tahun 2004. Dalam temubual bersama program IANS, Brad Pitt mengakui tersinggung dengan tindakan Aishwarya menolak tawaran tersebut. "Jika diberi kesempatan, saya ingin bekerja dengan Aishwarya Rai kerana dia seorang pelakon serba boleh. "Dia adalah aktres popular di Bollywood yang menerima pujian hebat di barat... dia ada gaya, kecantikan dan lakonan yang cukup hebat," kata Brad Pitt. Selepas menolak tawaran itu, Aishwarya membuat kemunculan pertama dalam industri perfileman Hollywood menerusi Bride and Prejudice pada tahun 2004. Selain itu, dia terbabit dalam The Mistress of Spices (2005), The Last Legion (2007) dan The Pink Panther 2 (2009). -CARI Sumber: mStar Online
|
ADVERTISEMENT