Netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Neelofa berhubung isu menyalahgunakan permit rentas negeri dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinannya baru-baru ini.
Mereka menyifatkan kenyataan Neelofa kedengaran angkuh hingga ada yang mahu memboikot selebriti popular itu. “Selain tudung dan susu pisang, apa lagi produk yang berkaitan Neelofa perlu diboikot?” antara luahan warganet. Kecoh di media sosial semalam mengenai kenyataan mahu memboikot Neelofa yang menurut netizen, sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh. Rata-rata netizen berpendapat Neelofa sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh. “Minta maaf Neelofa, sebelum ini saya memang minat awak tetapi tidak lagi sekarang. “Awak sepatutnya meminta maaf bukannya keluarkan kenyataan berlagak dengan rezeki diberikan,” tulis seorang netizen. Kelmarin, Kosmo! melaporkan pelakon, pengacara dan usahawan itu memohon agar diberikan isu terbabit secara profesional dengan pihak berkuasa. Neelofa dan Haris Ismail dilaporkan selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kelmarin. Terdahulu Kosmo! melaporkan sejak minggu lalu nama pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac itu menjadi bualan hangat netizen selepas mereka dikatakan bersiar-siar, bermain jetski dan menaiki kereta kabel sebagai mana yang dikongsikan dalam Instagramnya ketika dalam tempoh lawatan kerja di pulau peranginan berkenaan. Sumber: K! ONLINE
|
laksmanabentan replied at 7-4-2021 08:13 AM
berani ker uollsss nak boikot tuh...
hihihihi...
ADVERTISEMENT