Kebelakangan ini, perkongsian foto dari pelakon asal Brunei, Nina Iskandar menerusi platform media sosial miliknya menjadi perhatian peminat. Kerap dilihat berkongsi gambar sambil mengenakan tudung, para peminat mulai memberikan reaksi terhadap penampilan pemilik nama lengkap Nur Akmalina Iskandar ini.
Ketika diminta memberikan reaksinya mengenai perkara tersebut, Nina memilih untuk tidak mengulas lanjut. “Saya tidak berani nak komen apa-apa pasal itu. Saya cuma harap orang ramai sentiasa mendoakan yang baik untuk diri saya,” katanya kepada MH. Difahamkan pelakon berusia 29 tahun ini masih lagi berada di Brunei dan merancang untuk kembali ke Malaysia selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini. “InsyaAllah saya akan balik Malaysia selepas hari raya nanti dan saya akan mula kembali ke dunia lakonan selepas ini,” katanya lagi. Untuk rekod, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April 2019 dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos 2019 di Forest Valley, Cheras. Selepas itu, Nina selamat melahirkan anak pertamanya pada 23 Disember dah diberi nama Muhammad Aaryan ar-Rizqin. Sumber: Media Hiburan
|
tuttt replied at 7-4-2021 10:23 AM
Dia ni memang suka mekap kening mcm sinchan ke
kakakgarang replied at 7-4-2021 10:35 AM
Gundus nya.. mcm acik2 kampung je tudung gittew... bole je kot klau pakai tudung dressup sikit.. kep ...
tupaiterbang replied at 7-4-2021 10:27 AM
Dah pesen macam tu je yg dia reti lukis sis hahaha
sarah82 replied at 7-4-2021 10:38 AM
Iols suka pakai tudung mcm ni.. Memenuhi standard iols sebagai makcik bawang PPRT B40..yang pentin ...
kakakgarang replied at 7-4-2021 10:43 AM
ulls takpe la.. bukan retis mcm nina ni... nina ni selebetrity gittew kena la jaga penampilan..
...
sarah82 replied at 7-4-2021 10:43 AM
Hihihi.. Mungkin dia nak cepat sbb mak2 ada baby umur bawah 3 tahun.. Pakai sarung ja..
kakakgarang replied at 7-4-2021 10:47 AM
iolls pun ada je anak bawah 3tahun. 2org lagi.. tade la smp semuanya tak sempat.. hahaha
takpe ...
sarah82 replied at 7-4-2021 10:51 AM
Muahaha... Nak berubah tu mmg susah bila bab kekal istiqomah...
kakakgarang replied at 7-4-2021 10:53 AM
BETUL SETUJU.. ye la da biasa fashun2.. tetiba tuka drastikkk dressup.. mmg acik bawang ckp kepam. ...
sarah82 replied at 7-4-2021 11:38 AM
Iols suka pakai tudung mcm ni.. Memenuhi standard iols sebagai makcik bawang PPRT B40..yang pentin ...
ADVERTISEMENT