Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tidak terkecuali daripada dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Zulkifli merupakan antara individu terawal tampil membantu polis berhubung isu berkenaan. "Kita sudah ambil keterangan YB (Yang Berhormat) berkenaan, dia juga hadir sebagai tetamu jemputan. "Keterangan beliu lebih awal diambil berbanding yang lain kerana kita juga nak pastikan apa yang ditularkan itu betul atau tidak. "Maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu kita meneliti lebih dalam mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada hari berkenaan," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama mStar pada Selasa.
Difahamkan Zulkifli dijemput ke majlis berkenaan bagi memberikan khutbah nikah dan tazkirah ringkas. Pada Isnin, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, tampil memberi keterangan berhubung siasatan kes pelanggaran SOP majlis pernikahannya 27 Mac lalu. Bagaimanapun menurut polis, pihaknya perlu mendapatkan keterangan beberapa lagi ahli keluarga mereka sebelum tindakan lanjut dapat diambil. Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal. Mengulas kebimbangan ramai berhubung wujud isu pilih kasih atau 'double standard' terhadap siasatan kes ini kerana ia melibatkan golongan selebriti dan VIP, Mohamad Zainal bagaimanapun menafikannya. Jelas Mohamad Zainal, tiada sebab untuk pihaknya melindungi pihak terbabit jika mereka didapati bersalah. "Tiada apa-apa kepentingan untuk kita lindung, tindakan akan diambil. Malah kalau kita keluarkan kompaun pun, mereka mampu nak bayar. "Jadi tiada sebab untuk kita tak mahu ambil tindakan," katanya. Ujar Mohamad Zainal lagi, siasatan bagi kes yang ditularkan sememangnya memerlukan sedikit masa untuk siasatan berbanding jika pihak berkuasa berada di lokasi pada hari kejadian. "Kalau masa itu (majlis berlangsung) aduan dibuat, saya percaya pada masa itu juga kompaun akan dikeluarkan. "SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu siasat... tak kira majlis VIP atau orang biasa," katanya. Sumber: mStar
|
c===8 replied at 7-4-2021 03:05 PM
sejak dah boleh buat majlis kawen ni rata2 tetamu tak patuh sop dari segi penjarakan
tgk je la albu ...
ADVERTISEMENT