Kemunculan ramai pendatang baharu yang hanya bersandarkan pada populariti di media sosial dan bukannya bakat nyanyian mengundang rasa kecewa penyanyi yang juga guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.
Bukan menafikan soal rezeki mereka, Syafinaz berkata penyanyi baharu sepatutnya menggunakan peluang yang ada dengan memperbaiki bakat nyanyian supaya mampu menjadi pelapis industri muzik tanah air. "Saya sedih apabila kemunculan mereka hanya melihat kepada populariti dan bukan pada bakat seni itu... ramai yang famous dan mampu meraih jumlah tontonan tinggi di laman sosial dengan sekadar menyanyi. "Banyak syarikat rakaman dan program televisyen tengok berapa juta pengikut, cari penyanyi yang viral. Pihak stesen dan label pula memikirkan tentang perniagaan, mahu buat duit, bila orang minat mereka akan panggil, ekosistem ini takkan berhenti.
"Bukan menidakkan rezeki orang tapi saya rasa mereka perlu ambil peluang ini untuk perbaiki diri. Menyedihkan, dah ada peluang tapi tak nak perbaiki diri, kemahiran menyanyi ini boleh ditingkatkan lagi," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Syafinaz menyarankan penyanyi baharu supaya membuat sedikit pelaburan dengan mengikuti kelas vokal bagi memantapkan lagi bakat nyanyian mereka.
|
KBW2 replied at 7-4-2021 03:26 PM
Tapi nyanyian Kpoop? Haus? erk erk erk erk mengharapkan prerecorded saja. Lipsync saja. Konon orang ...
dinosaurpink replied at 7-4-2021 03:48 PM
Aku terkejut dia xtau psl kebenaran autotune.....
Korea tu kpoop ke xkpoop sama je dgn hollywoo ...
tumpanglalu74 replied at 7-4-2021 06:07 PM
Sori Datuk. U chose a very wrong example to promote. U should have mentioned So Hyang. She's not ...
KBW2 replied at 7-4-2021 03:26 PM
Tapi nyanyian Kpoop? Haus? erk erk erk erk mengharapkan prerecorded saja. Lipsync saja. Konon orang ...
nadie90 replied at 7-4-2021 07:45 PM
Yup dah rmai org kluarkan kenyataan bandingkan penyanyi2 Malaysia skg dgn artis Kpop dari segi pakej ...
songhara1226 replied at 7-4-2021 08:06 PM
Yg dia nyanyi lagu you raise me up to powerrr gilaaa
Bergosip replied at 7-4-2021 08:00 PM
Siapa yang nak berhutang dengan company walaupon belum debut / tak tentu dapat debut ?
Di korea. ...
ADVERTISEMENT