Pelakon, Abby Abadi ada berkongsi beberapa kaedah bagaimana dia mendidik anak-anak peremuannya untuk sentiasa mendekatkan diri dengan agama dan mementingkan mengenai aspek penjagaan aurat.
“Didikan awal. Kenalkan anak perempuan kita dengan ALLAH sejak bayi lagi. Ada yang tanya pada saya macam mana saya didik anak-anak boleh bertudung/menutup aurat seawal usia. “Serba sedikit yang saya boleh kongsikan, jika nak anak perempuan kita berjaya di dunia dan akhirat, wajib kita sebagai Umat ISLAM perkenalkan ALLAH kepada anak kita seawal baby lagi,” tulisnya. Dalam pada itu, Abby turut menasihati para ibu bapa untuk mendedahkan anak-anak mereka dengan cara pemakaian yang sopan agar perkara tersebut menjadi kebiasaan “Ajar anak kita untuk memakai baju berlengan panjang. Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri untuk berpakaian seksi. “Menutup aurat /Bertudung boleh mula ajar anak untuk bertudung sedari kecil, tiada masalah tapi jangan terlalu memaksa,” jelasnya lagi. Katanya lagi, Allah akan sentiasa permudahkan jalan sekiranya para ibu bapa tidak berhenti berusaha untuk memberikan didikan yang terbaik buat anak-anak mereka
|
opie5662 replied at 7-4-2021 04:02 PM
Tp abby skrg pandai dh pakai suar ketat... Haha
NazRysha replied at 7-4-2021 04:07 PM
sembang lah ko bakyah
jauh lagi perjalanan anak ko tu
tup2 nanti anak ko tu bukak tudung mana ko n ...
prettyuglybabe replied at 7-4-2021 05:29 PM
anak hang belum lalui fasa rebel lagi bakyah..
belum rasa jauh dari mak bapak and bebas berkawan..
...
sally03tomato replied at 7-4-2021 03:51 PM
Kenapa abby nampak macam erra n anak dia macam neelofa..
ADVERTISEMENT