Remaja perempuan nyaris maut dan terpaksa menerima rawatan akibat ketagihan melampau untuk bersenam. Daily Mail melaporkan, Lisa Fouweather, 19, dari Doncaster, South Yorkshire ketagih bersenam sehingga sanggup berlari sejauh 21 kilometer sebelum sarapan pagi dan bersembunyi di dalam bilik air untuk berjoging.
Dia pada mulanya hanya mahu meningkatkan pencapaian lariannya dan mencapai pada tahap terbaik dalam kelab larian disertainya sebelum ia menjadi suatu obsesi. Lisa juga makan dalam kuantiti sedikit dan cuba untuk meniru senaman dilakukan atlet profesional dua kali ganda dari usianya. Walaupun berat tubuhnya menjunam, Lisa tetap obses dengan apa yang dilakukannya itu. Malah, dia mengugut akan membunuh diri sekiranya mendapat tentangan orang sekeliling. Sehinggalah obsesinya itu memakan diri hingga dia terpaksa menerima rawatan.
Pun begitu, dia tetap enggan mengakui bahawa dia sebenarnya mempunyai masalah walaupun kadar nadinya jatuh ke paras bahaya yang boleh membawa maut. Lisa yang akur menerima rawatan daripada pakar akhirnya berjaya menghentikan ketagihan ekstremnya itu. Kini, dia mempunyai berat yang sihat dan tidak berlari lagi. Difahamkan, keadaan Lisa berpunca daripada sindrom Orthorexia, iaitu sejenis gangguan pemakanan apabila pesakit ketagih untuk mengamalkan diet dan senaman keterlaluan. Keadaan ini membuat pesakit hanya mahu makan makanan ‘sihat’ sahaja seperti sayur dan buah-buahan serta mengelak makanan seperti ikan dan daging menyebabkan sumber protein diperolehi mereka tidak mencukupi. Walaupun nampak seperti sihat sebab hanya makan makanan sihat, namun kandungan kalori yang diambil terlalu sedikit dengan tenaga yang digunakan seharian. Sumber: KoolFM
|
Artemesiaa replied at 7-4-2021 05:20 PM
Ramai yang seusia dia ada masaalah macam tu sebab dapat info yang salah
Jitu replied at 7-4-2021 06:07 PM
zaman internet ni pun ada lg ke yg dpt salah info
klu zaman aku dulu iye lah baca buku teks je
...
Jitu replied at 7-4-2021 06:07 PM
zaman internet ni pun ada lg ke yg dpt salah info
klu zaman aku dulu iye lah baca buku teks je
...
Adrif replied at 7-4-2021 09:27 PM
lari keliling padang
main bola
bulan depan rotate bola tampar
green~tea replied at 8-4-2021 08:58 PM
Pernah ada phase i gila eksesais sampai 3 jam sehari.. i went to the gym lunchtime, petang, and mal ...
green~tea replied at 8-4-2021 08:58 PM
Pernah ada phase i gila eksesais sampai 3 jam sehari.. i went to the gym lunchtime, petang, and mal ...
ADVERTISEMENT