Malu bukan kepalang apabila sebuah keluarga tersalah rumah ketika menghantar barang hantaran perkahwinan. TribunNews melaporkan, rombongan keluarga pengantin dari Pemalang hanya berpandukan kiriman lokasi yang dikongsikan melalui Google Maps oleh keluarga pengantin perempuan.
Kebetulan ketika kejadian, ada dua majlis pernikahan dan pertunangan dilangsungkan di dalam kampung yang sama. Lebih menggelikan hati apabila rombongan tersebut sudah memasuki rumah berkenaan dan menyerahkan barang hantaran. Kisah itu diceritakan seorang bakal pengantin bernama Ulfa yang berlaku di kediamannya di Magelang, Jawa Tengah. Katanya, rombongan keluarga lelaki dari Kendal sepatutnya tiba pada pukul 10.00 pagi. Namun, sehingga pukul 11 lebih, calon suami Ulfa dan keluarganya belum tiba. Akhirnya, mereka mengambil inisiatif untuk menjemput dan menunggu di persimpangan jalan.
Selepas keluarga tersebut bertandang, Ulfa kehairanan kerana tiada langsung ahli keluarga rombongan yang dikenalinya dan dia menyedari mereka bukan keluarga bakal suaminya. Sumber: Utusan
|
Artemesiaa replied at 7-4-2021 05:02 PM
Macam mana boleh jadi sampai macam tu. Tak kan ler tak ada seorang pun yang pernah pergi ke rumah p ...
CiliPadiSedap replied at 7-4-2021 05:05 PM
yang pergi masa tunang tu semua dah tua gigi tercabut. jadi yang muda2 ni datang jadi flower boy f ...
ADVERTISEMENT