Zii Jia menerusi Instagramnya memuat naik satu hantaran berkongsi momen majlis santapan diraja yang dihadirinya bersama Pasukan Badminton Malaysia di Istana Negara.
Pemain itu turut menunjukkan pingat yang dimenanginya dalam perlawanan All England kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Menjengah ke ruang komen, ramai mengucapkan tahniah dan memuji Zii Jia yang kelihatan kacak memakai songkok.
Selepas Lee Chong Wei, akhirnya Malaysia mempunyai jaguh badmintion yang berjaya menjuarai All England lagi.
Kali terakhir Malaysia meraih gelar All England adalah melalui Lee Chong Wei pada 2017. Lee Chong Wei telah memenangi pertandingan ini sebanyak empat kali pada tahun 2010, 2011, 2014, dan 2017.
Selamat maju jaya Lee Zii Jia! - CARI