Tidak masuk akal apabila dihalang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara pandu lalu hanya kerana datang menaiki motosikal. Itulah yang dirasakan seorang warga emas berusia 61 tahun, John Cooper.
Mirror melaporkan, kejadian itu berlaku di Carmarthen, Wales, pada bulan lalu. Cooper yang datang untuk mendapatkan suntikan vaksin berkenaan secara pandu lalu diarah pulang semula. Malah, dia diminta datang menggunakan teksi jika mahu menerima suntikan. Kecewa dengan layanan itu, dia akhirnya membuat tempahan untuk melakukan saringan di tempat lain. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT