Terlalu meminati Neelofa membuat seorang wanita sanggup meminjam alas meja jiran untuk dijadikan veil bagi meniru gaya dan imej artis kegemarannya itu.
Pemilik akaun TikTok Nadia Idris, 31, memuat naik sebuah video yang memaparkan bagaimana dia meniru pemakaian dan solekan Neelofa ketika majlis pernikahan artis tersebut. “Saya memang peminat tegar Neelofa. Harap dia pun akan perasan la kalau saya buat solekan look tu” “Orang dekat Facebook memang dah tahu saya gelarkan diri saya Neeloya,” katanya ketika dihubungi mStar. Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, dia tidak menyangka video tersebut akan mendapat hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok. “Saya cuba untuk recreate semula look tersebut daripada makeup sehinggalah ke baju. “Tak nak menggunakan bajet yang banyak, saya pakai je baju nikah saya dan pinjam alas meja dari jiran. Sebab saya tahu dia ada banyak koleksi kain jenis kait,” katanya yang merupakan ibu kepada dua anak. Tambahnya Nadia, dia sememangnya mempunyai hubungan baik dengan jiran sebelah rumahnya, Nor Sharmiza, 34. Justeru, tidak hairanlah Nor Sharmiza dengan murah hati menolong Nadia mencari alas meja yang sesuai untuk digunakan dalam rakaman video. Nadia sebelum ini merupakan seorang jurusolek. Dia juga menghadiri kelas dan menonton video di Youtube untuk menambah lagi ilmu persolekan. Namun selepas berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang berumur setahun lebih dan lima tahun, dia tidak lagi menyediakan perkhidmatan tersebut. Kini Nadia merupakan seorang pengasas scrub muka yang diperbuat dari kelapa dan menjual produknya secara online sejak tiga tahun lalu. Sumber: mStar
|
coco replied at 8-4-2021 04:27 PM
ni namanya dalam menyokong dia menganjing.....
mieymiey replied at 9-4-2021 08:10 AM
Sebenarnya ko nak kata veil mahal Hajjah tu sama level dengan alas meja kan?
honeybee1802 replied at 9-4-2021 01:13 PM
Gitu nak ckp tu...nsb baik bukan tshap alas kaki...
ADVERTISEMENT