Belum pun reda isu rentas negeri, kecoh pula kisah kolaborasi Neelofa bersama jenama selipar terkenal, Fipper. Bukan sahaja hangat di kalangan netizen, isu selipar mesra muslim ini turut mendapat perhati pelawak dan pelakon, Harith Iskander. Dengan berkongsi keratan akhbar terhadap isu ini di laman instagramnya, pandangan Harith dianggap melucukan dan bernada sarkastik. "Pendapat tidak popular: Saya tidak mempunyai masalah dengan ini. Mana-mana kawan kepada kaki saya adalah rakan saya. Sekarang saya tahu mengapa saya tidak pernah merasa selesa dengan selipar jepun saya, mungkin kerana ia tidak cukup mesra kepada saya. Saya tidak sabar untuk melancarkan tali leher dan tali jam yang mesra untuk umat islam." tulis Harith di ruang kapsyen. Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga menyampaikan pandangan masing-masing tentang isu selipar mesra muslim ini. Ada yang mengecam, namun ada juga yang memberi komen positif. Dalam pada itu, ada sebilangan netizen yang mempersoalkan harga jualannya sepasang selipar tersebut mencecah RM79.90 dianggap mahal. Walau bagaimanapun, netizen perlu maklumlah bahawa jenama Flipper bukan selipar biasa-biasa ya! Terpulang la pada siapa yang sanggup membelinya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|