CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Kampung Buat Ritual Aneh, Cuba Hidupkan Kembali Mayat

9-4-2021 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2609| Komen: 9

Penduduk di sebuah kampung menjalankan ritual aneh apabila cuba menghidupkan kembali orang yang sudah meninggal dunia.

Menerusi rakaman klip yang tular, kelihatan penduduk mengelilingi mayat Rabi Nahak dan cuba menekan-nekan dadanya dengan harapan lelaki itu kembali bernafas.


Tidak lama kemudian, seorang daripada penduduk menuangkan air dari sebuah tempayan kecil ke bahagian wajah dan tubuh mayat Nahak yang ditutupi bunga-bungaan.


Foto: Jam Press

Mereka juga menyeru-nyeru dewa sambil membunyikan loceng.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kampung di Odisha, timur India.

Ritual tersebut turut disaksikan ratusan penduduk kampung yang berhimpun mengelilingi mayat.

Nahak terdahulu jatuh sakit dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Kaum keluarga mendiang enggan terus membawanya ke rumah mayat sebaliknya memutuskan untuk mencuba menghidupkannya kembali sebagai sebahagian dari ritual.

Walaupun beberapa kali mencuba, penduduk kampung ternyata tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menghidupkan kembali lelaki itu. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bored_atticus 9-4-2021 08:38 AM
Pegi google tadi, dia cakap Si Rabi ni join upacara Danda Nacha (tarian menebus dosa kalau tak silap). Danda Nacha ni , upacara untuk those who worship Dewi Kali dan Lord Shiva.. jadi sebab tu la penduduk-penduduk setempat tu rasa mungkin Rabi ni akan dihidupkan semula jika mereka berdoa dengan Dewa Dewi tu..
Quote Belibis 9-4-2021 09:26 AM
bored_atticus: Pegi google tadi, dia cakap Si Rabi ni join upacara Danda Nacha (tarian menebus dosa kalau tak silap). Danda Nacha ni , upacara untuk those who worshi ...

Bangkit2 jadi dewi remaja.haru satu benua kelang.
Quote bottombikini 9-4-2021 09:41 AM
Belibis replied at 9-4-2021 09:26 AM
Bangkit2 jadi dewi remaja.haru satu benua kelang.

hahaha...gempar satu jalan tengku kelana

Quote tikusmontok 9-4-2021 10:21 AM
Belibis replied at 9-4-2021 09:26 AM
Bangkit2 jadi dewi remaja.haru satu benua kelang.

akakakakak...terus mintak kawin ngan jejaka paki pulak
Quote printercomel 9-4-2021 11:08 AM
At least tak bawak alphard blok jalan dan bakar mercun kat simpang.

Kira kasta tinggi jugak la dorang ni jika dibandingkan kat sini.
Quote hazzy0304 9-4-2021 11:32 AM
"Walaupun beberapa kali mencuba, penduduk kampung ternyata tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menghidupkan kembali lelaki itu"

kahkahkah ...
Quote rosasen 11-4-2021 08:49 AM
smlm br terlayan kampung pisang bersiri2 episod 2.. mak dia nk idupkan balik firdaus, mat rempit yg mati eksiden...
Quote Nes3in1 11-4-2021 10:17 AM
Suntik la dgn vaksin kobid. Untung2 bangkit semula sbg zombie.
Quote darkness 11-4-2021 10:30 AM
Terseksa mayat org klu buat gini. Patut dalam adat dorang nyawa ada 2 sekurang kurang nya

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.045045 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top