CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cik B Tak Guna Kabel Mama Nak Jadi Artis

9-4-2021 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2683| Komen: 4

Dikenali sebagai anak kepada jutawan kosmetik tidak menjadi 'kabel' buat pendatang baharu, Cik B untuk mengorak langkah dalam industri seni tanah air.

Walaupun ramai menganggap kehadirannya memegang gelaran sebagai anak seni adalah kerana populariti ibunya iaitu Datuk Seri Vida, Cik B sebenarnya bekerja keras dan berdikari untuk mengejar cita-citanya.

Foto: IG


"Sebenarnya tidak. Saya tak ada gunakan kabel atau apa. Saya berdikari untuk menempatkan nama saya dalam industri hiburan," katanya.

Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun bernama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin ini tidak menafikan bahawa ibu adalah pendorong utamanya.



"Walaupun sekarang saya lebih dikenali berbanding mama, itu tak menjadi masalah. Pada masa sama, saya juga menjadi salah satu pemasaran untuk jenama mama.

"Apa pun, nama saya dikenali pun atas sebab mama dan dorongan mama," katanya.

Muncul sebagai penyanyi rap, Cik B juga tidak terlepas daripada berdepan kecaman netizen yang mengatakan suaranya tidak cukup bagus.

"Bila orang kecam dan cakap nyanyian rap saya tak sedap didengar, saya sendiri terkejut kerana mama cakap, suara saya bagus.

"Tipulah kalau saya cakap saya tak rasa tertekan. Tapi, saya terima setiap kritikan itu untuk memperbaiki kekurangan saya," katanya.





Terbaharu, Cik B kini bergelar duta Lembaran Baharu Astro bersama barisan selebriti lain antaranya Elly Mazlein, Alif Satar, Radin Era, Dina Nadzir dan ramai lagi.

"Rasa bangga juga kerana dalam usia sekarang, saya diberi peluang menjadi duta untuk kempen terbaharu Astro ini. Saya tahu, tak ramai golongan remaja hari ini yang menonton televisyen. Kebanyakan mereka lebih banyak menghabiskan masa di media sosial.

"Jadi, sebagai remaja saya akan gunakan platform digital untuk mempromosikan kempen ini di samping berkongsi mengenai program sepanjang Ramadan bersama mereka," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Brunes 9-4-2021 08:46 AM
for a millionaire's daughter she is alright.. yang aku tak dapat nak hadam mama dia tu..
Quote hazzy0304 9-4-2021 10:21 AM
ooo macam tu ka cik Badak oiyy.. ok next ... !
Quote tumpanglalu74 9-4-2021 10:40 AM
[youtube]viV7GvwXTGk[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=viV7GvwXTGk

Quote fido_dido 9-4-2021 01:26 PM
hmmm...next!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.053582 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top