CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syatilla Melvin Nak Sambung Pembinaan Masjid Yang Terbengkalai

9-4-2021 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5657| Komen: 26

 "Saya nak lihat masjid ini tersergam indah nanti," kata pelakon Syatilla Melvin mengenai hasrat dan impian peribadinya untuk menyambung semula pembinaan masjid yang terbengkalai di Sungai Siput, Perak.


Bersempena kehadiran Ramadan tidak lama lagi, Syatilla berkata, sebahagian daripada hasil jualan produk makanannya iaitu Nasi Daging Telentang yang diusahakan bersama LB Creuset akan disalurkan untuk pembinaan masjid itu.

Foto: IG


"Saya tahu mengenai masjid itu ketika salah seorang ahli keluarga saya di Perak memaklumkan ia sudah terbengkalai hampir dua tahun.

"Di kawasan itu, hanya ada satu surau kecil yang menempatkan pelajar tahfiz, jadi saya terus terlintas nak lakukan sesuatu untuk kemudahan penduduk mendirikan solat dan melakukan aktiviti keagamaan.


"Insya-Allah sebahagian keuntungan yang saya peroleh hasil perniagaan nasi daging akan digunakan untuk membina masjid yang terbengkalai itu. Doakan semoga impian ini dapat direalisasikan secepat mungkin," katanya.




Menurut Syatilla, kos sebanyak RM200,000 diperlukan untuk membina masjid berkenaan.

"Saya percaya bulan Ramadan adalah waktu yang dinanti-nanti dan ramai yang berlumba-lumba nak bersedekah selain mahu mengumpul pahala.





"Jadi, saya nak ambil kesempatan ini untuk mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong perniagaan kecil ini kerana secara tidak langsung mereka dapat menderma untuk pembinaan masjid ini nanti.

"Lagipun dengan platform dan jenama yang saya ada sekarang ini, saya percaya dapat mengajak orang ramai melakukan kebaikan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 9-4-2021 09:32 AM
Aikk.ingatkan erni zakri tadi.hahh
Quote Nunie 9-4-2021 09:40 AM
Niat yg baikkk tapi lagi baik buat dulu baru inform kt org..or xyah inform pon takpe..lama2 kebaikan tu semua dpt tau..or selebriti skrg mmg jeniis pung pang pung pang dl ek br buat?
Quote Kenabertaubat 9-4-2021 10:25 AM
Nama pun impian peribadi. Simpan la untuk peribadi.
Quote azimodin 9-4-2021 10:26 AM
Hari2 ada benang minah patah katil ni. Padahal takda hasil seni pon lately. Progressing to tibaiunta level
Quote Kurex 9-4-2021 10:47 AM
Bodoh mcm es-hen jizklongklong. Tengah kerja, nanti je maki
Quote jalfa 9-4-2021 10:50 AM
Dia nak suruh beli nasik terlentang tu.keuntungan dr nasik tu baru dia derma..kalo jualan nasi terlentang tu tertiarap..x delah derma..gituh aku paham
Quote dudaberhias 9-4-2021 10:54 AM
Sooo apa lagi suri2 rumah bowdow semua sila support dan beli produk2 sheols bertimbun2. Katanya untuk bina masjid.. katanya lah, macam retis2 lain.

MO sifu fb ads kan.
Quote Lylyna 9-4-2021 11:32 AM
Buat masjid, next bukak pusat tahfiz. Next apa lagi?
Quote piao 9-4-2021 01:43 PM
dah ada

https://mforum1.cari.com.my/foru ... =1246274&extra=
Quote auntyonion 9-4-2021 03:15 PM
k {:question
Quote SKUTIL 9-4-2021 04:31 PM
Tunggang tungging naik unta padang pasir ..... Agama modal utama org bisness kat Malaysia ni skrg ....cina meniaga x penah ckp pon nk buat tokong besar.... Nak indahkan tokong..canang sana sini ....sliper buat masuk kandang babi pon dorang x claim mesra buddha.... India pun sama xde pon pelakon india announce nk buat kuil itu ini......
Quote Minami2013 9-4-2021 05:24 PM
Sebab i tak pernah beli pun product dia, so i tk terkesan pun if penipuan (ie produk timbang kilo tp jual harga firaun) berlaku dlm bisnes dia.. i doakan je la moga tercapai niat baiknya.
Quote laksmanabentan 9-4-2021 05:58 PM
jalfa replied at 9-4-2021 10:50 AM
Dia nak suruh beli nasik terlentang tu.keuntungan dr nasik tu baru dia derma..kalo jualan nasi terle ...

kan free marketing tu namanya....
jadi uoollsss kena lah pulun beli sampai tergolek2...
baru ler dia dapat kumpulkan RM200k tu....

kan dia kata RM200k tu sebahagian untung tu...
kalau sebahagian untung tu RM5 hengget satu bungkus
RM200k/RM5 hengget = 40,000 bungkus nasi dia kena jual..

sebulan puasa 30 hari tolak la cuti rehat 10 hari..
40,000/20 hari berpuasa = 2,000 bungkus sehari tu...

apa lagi peminat2 sekalian, uolsss kenalah borong tu untuk bantu dia capaikan impian dia tu wokeyyy




Quote my_irina 9-4-2021 06:18 PM
Oh ok noted...apa2 je lah
Quote love_warrior 9-4-2021 06:24 PM
Kenabertaubat replied at 9-4-2021 02:25 AM
Nama pun impian peribadi. Simpan la untuk peribadi.

Impian peribadi tapi "sebahagian daripada hasil jualan produk makanannya iaitu Nasi Daging Telentang yang diusahakan bersama LB Creuset akan disalurkan untuk pembinaan masjid itu." Maksudnya nk customer2 yg beli nasik telentang dia membeli sambil2 beramal... Syukur
Quote Mulotkoyak 9-4-2021 07:51 PM
Ni pasangan kepam tuh kn???
Quote Kenabertaubat 9-4-2021 09:04 PM
love_warrior replied at 9-4-2021 06:24 PM
Impian peribadi tapi "sebahagian daripada hasil jualan produk makanannya iaitu Nasi Daging Telenta ...

Maka.. beramai-ramailah acik2 tertiarap beli nasi terlentang untuk menjayakan impian peribadi dia
Quote Raline 10-4-2021 12:09 AM
mohon merge

https://mforum1.cari.com.my/foru ... =1246274&extra=
Quote chocobozhere 10-4-2021 07:17 AM
Kat tiktok kene hantam jugak minah ni pasal try hard nak jadi lawak. Huhu

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.057449 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top