Dugaan demi dugaan yang dilalui wanita ini akibat disihir sejak tahun 2017 ternyata membawa impak yang cukup besar dalam hidupnya. Dakwa Aida Suriyanti Abdullah, 33, bukan sahaja kesihatan dirinya terganggu, malah dia turut berhadapan peristiwa mistik seperti bisikan jahat yang menyuruhnya melakukan perkara bukan-bukan.
Mesra disapa Mekda, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui sudah berubat di serata negeri dan kini keadannnya beransur pulih. "Saya kena pada tahun 2017. Waktu tu perniagaan jamu saya tengah laris. Tiba-tiba pada suatu hari, saya nak angkat botol produk pun tak boleh. "Kemudian mak suruh balik kampung jumpa ustaz. Makin hari makin teruk. Saya dengar bisikan di telinga suruh tikam suami, campak anak dan sebagainya.
"Saya berubat di Kedah, Kuala Lumpur dan Perak. Sekarang dah OK sikit. Walaupun dalam tempoh itu emosi saya tak stabil macam orang gila, saya tetap berniaga," ujarnya yang menetap di Putrajaya. Bercerita lanjut kepada mStar, Mekda berkata dia melalui detik hitam apabila pelbagai barangan dikeluarkan daripada tubuhnya sewaktu menjalani rawatan altenatif dengan pengamal perubatan tradisional. Malah, dia turut berkongsi video-video sekitar proses rawatan itu menerusi media sosial untuk memberi peringatan kepada orang ramai mengenai kewujudan sihir. "Paku, mata kail, miang buluh keluar di bahagian kaki. Kemudian ustaz pernah keluarkan duit siling dan tanah busuk melalui bahagian belakang tubuh saya. Katanya tanah kubur. "Waktu dia tarik, badan rasa panas. Paling sakit waktu keluar mata kail di kaki saya. Ibaratnya saya menjerit sampai satu taman boleh dengar. Tapi tak ada darah yang keluar," dakwanya lagi. Dalam tempoh menerima rawatan itu, Mekda turut melakukan penghijrahan dan mula mengenakan niqab. Menurutnya lagi, dia reda diuji begitu dan menganggap ia sebagai satu teguran Allah. "Ada satu ketika, saya tengah sujud dalam solat. Saya nampak bayangan api yang sangat panas. Esoknya saya terus terdetik untuk berniqab dan pakai sampai sekarang. "Saya sentiasa fikir positif. Saya pun dah maafkan sesiapa yang hantar sihir kepada saya. Mungkin saya lupa diri masa produk tengah naik, jadi Allah nak tegur saya. "Yang penting jangan tinggalkan amalan kita. Saya juga terharu dengan sokongan suami. Selain itu, saya terharu apabila netizen bagi sokongan di media sosial," ujarnya lagi. Menurut Mekda, dia dan suami, Muhamad Rizuwan Khalin, 35, berkahwin pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia empat tahun. Dalam pada itu, Mekda turut menitipkan pesan buat individu yang berniat jahat sehingga sanggup melakukan perbuatan sihir agar sentiasa ingat dengan hukum Allah. "Kita memang rasa puas bila dapat balas kemarahan kita, kedengkian kita pada orang. Selagi tak rasa azab Allah, kita tak kan rasa menyesal bila kita buat sesuatu perkara yang menyakitkan orang lain. "Tapi ingat balasan Allah akan berganda sakit dari apa kita buat dekat orang. Saya doakan dan mohon Allah kesiankan orang yang hatinya begini supaya Allah ketuk pintu hati dia. "Semoga Allah beri hati yang baharu pada dia untuk dia bertaubat dan mulakan kehidupan yang baru. Tiada sedikit dendam pun dihati saya," ujarnya lagi. -CARI Sumber: mStar Online
|
sarah82 replied at 9-4-2021 12:26 PM
Aku masuk komen sbb nak bagi naik jela..
hareeeesah replied at 9-4-2021 02:12 PM
Nak join.... pastu orang ni la yang menayang kebendaan mereka kan. Tak selari sikit-sikitujian Al ...
sfrnna replied at 9-4-2021 01:57 PM
Mental sickness ke camna ni. Tpi yang paku rambut keluar dari badan Meols nak tanya ada tak acik for ...
sarah82 replied at 9-4-2021 02:25 PM
Hihihi.. Kalau jin boleh saman manusia.. Mmg kena saman fitnah..
hareeeesah replied at 9-4-2021 02:30 PM
Hahahaha bernas idea chuolls. Mentang-mentang la depa tak boleh menjawab kan asik alasan kena buat ...
sfrnna: Mental sickness ke camna ni. Tpi yang paku rambut keluar dari badan Meols nak tanya ada tak acik forum pernah tengok real life benda2 camtu keluar. Me ...
sarah82 replied at 9-4-2021 02:28 PM
Ada.. Iols pernah kena santau.. 2 kali.. 1 santau angin.. Ni just sipi2 bukan utk iols tapi pengam ...
sfrnna replied at 9-4-2021 05:22 PM
Kira kaka Sarah mmg muntahkan rambut tu la ye. Seramnye. Hitamnya hati org yang suka hantar benda2 ...
ADVERTISEMENT