CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muka Melecur Teruk Gara-Gara Cuci Singki Tersumbat

10-4-2021 09:09 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10851| Komen: 31|Original author: Oleh: Cari-Azza





Jika anda gemar melakukan sendiri aktiviti pembersihan menggunakan bahan kimia, anda sebenarnya terdedah kepada bahaya yang boleh mengundang maut.

Seorang wanita melecur teruk di mukanya apabila produk pencuci kimia yang digunakannya meletup. Ianya didedahkan oleh portal Public Health Malaysia (PHM) di akaun media sosialnya.

Wanita tersebut melecur teruk pada mata, muka dan tangan.

Foto :

Rentetan itu, PHM turut memberi amaran kepada orang ramai berhati-hati ketika menggunakan produk pembersihan singki tersumbat.

Ini kerana ianya mempunyai sifat menghakis. Setelah dituangkan ke singki, tindak balas kimia akan berlaku dan gas bertoksik akan dibebaskan. Jadi, orang ramai perlu mengambil beberapa tindakan pencegahan seperti tidak menjenguk ke lubang singki atau melihat secara dekat proses tersebut.



Foto : FB

Segelintir netizen turut berkongsi pengalaman ketika menggunakan produk ini. Malangnya tragedi tersebut berlaku kerana kurang ilmu mengenai bahaya nya produk ini.



Foto : FB

Jadi, sebarkan kepada kenalan anda mengenai prosedur yang selamat ketika menggunakan produk pembersihan bahan kimia ini. Ada yang nak kongsi cerita? - CARI



3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 10-4-2021 10:16 AM
Komen fb psl yg duduk flat, kondo etc tu betol..kalo ko duduk rumah landed lantak korang la nk meletop ke hape guna benda tu..rumah flat, kondo effect ke paip rumah bwh mmg ko layak kena maki 7 keturunan. Akak kt ofis aku citer jiran rumah dia pernah kena bila paip saluran najis pecah akibat cina rumah atas jolok paip tu. Tersumbat tisu agaknye. Abis rumah org bwh tu kena cuci air najis rumah atas
Quote darkness 10-4-2021 10:20 AM
matchstick replied at 10-4-2021 10:16 AM
Komen fb psl yg duduk flat, kondo etc tu betol..kalo ko duduk rumah landed lantak korang la nk melet ...

Aduhh kotornya...xpasal org lain pun kena
Quote epuepy 10-4-2021 10:59 AM
Aku pn beli bnda alah ni. Konon2 nk kasi clear sinki, Alih2 paip bocor. Lagi Stress. Panggil plumber, 300 dia charge.

Sudah nye, ke tong sampah bnda ni. Not worth it
Quote kechikchomel 10-4-2021 11:10 AM
Edited by kechikchomel at 10-4-2021 11:12 AM

iolss tuang air panas je kalau sink tersumbat.kalau tak jalan jugak guna plunger
Quote syaz_lina 10-4-2021 11:22 AM
Mmg byk produk chemical jual online kan. kononnya utk sink, toilet tersumbat etc. Utk cuci cushion pun ada. Murah sgt, iol mcm xpercaya
Quote ultra78 10-4-2021 11:39 AM
Rasa mcm sistem sinki di Malaysia ni tak sesuai dengan cara penggunaan. Orang Malaysia kuat menggoreng.Minyak masak tak boleh dituang ke dalam sink sebab ia akan sebabkan paip tersumbat. Ini semua org patut tahu.Kuali yg berminyak pun kalau boleh kena lap dulu dengan tisu sebelum basuh dengan di sinki. Tisu tu buang dlm tong sampah.

Paip tersumbat ni mmg akan berlaku,tunggu masa aje. Sebab tu kalau sistem paip tu senang maintain maka mudah orang nak servis. Masalah skrg semua paip tanam dalam simen dan assume benda tu tak akan problem. Nak nampak cantik tapi tak fikir dari segi praktikal.
Quote kelapaparut 10-4-2021 11:43 AM
matchstick replied at 10-4-2021 10:16 AM
Komen fb psl yg duduk flat, kondo etc tu betol..kalo ko duduk rumah landed lantak korang la nk melet ...

omg, kisah ngeri, even warga kondo pun bodoh, berak pulak silet2 tisu buang dlm tu xterbayangkan
Quote Artemesiaa 10-4-2021 12:30 PM
Elok panggil plumber je kalau paip tersumbat main cuba repair sendiri silap2 bukan ok tapi lagi tambah masaalah
Quote lavendernovella 10-4-2021 12:51 PM
iol rumah landed, kalau paip sumbat , lagi2 sinki lah selalunya.

Masak air campur cuka beras sikit, masak sampai mengelegak , baca bismillah, pastu tuang kat lubang sinki. Pastu gi jauh2 jgn tunggu depan sinki. Sebab bahaya kalau tunggu depan sinki ada gas2 tak bagus. Kalau tak ok ulang lagi sekali. Selepas beberapa ketika curah air paip 2-3 gayung. InsyaAllah settle.  
Quote Boomibulat 10-4-2021 01:06 PM
epuepy replied at 10-4-2021 10:59 AM
Aku pn beli bnda alah ni. Konon2 nk kasi clear sinki, Alih2 paip bocor. Lagi Stress. Panggil plumber ...

Thn lps sinki sy selalu tersumbat..dh beratus jugak abis beli itu ini..semua jenis kimia tu..semua pn x jalan..last2 beli yg ni baru ok..puas hati tgk segala rambut tarik keluar sekali
dawai.png

Quote nurkasih74 10-4-2021 01:12 PM
Tuang air panas pun tak berapa bagus sebenarnya..saluran paip singki esp kat dapur tu kan pvc.. bila tuang air panas terutama yg menggelegak.. kan blh mencair pvc serta sambungannya... bocor dan ber lubang pulak jadinya..
Quote any42 10-4-2021 05:02 PM
Kesiannya. Dah la kna kt muka.
I biasa pkai plunger je klau tsumbat. sink plak ltak strainer & pstikan xbuang mnyak msak yg dh guna dlm sink. last solution pnggil plumber je snang. Xbli mna2 bahan kmia clog rmover smua ni sbb takut & xtahan bau chemical.
Quote MissVixen 10-4-2021 05:16 PM
Boomibulat replied at 10-4-2021 01:06 PM
Thn lps sinki sy selalu tersumbat..dh beratus jugak abis beli itu ini..semua jenis kimia tu..semua ...

Apa nama benda ni? Beli dekat mana?
Quote fatinandreanna 10-4-2021 07:27 PM
Boomibulat replied at 10-4-2021 01:06 PM
Thn lps sinki sy selalu tersumbat..dh beratus jugak abis beli itu ini..semua jenis kimia tu..semua ...

Apa namanya benda ni Boomibulat? Kat mana beli?
Quote ina_na 10-4-2021 07:30 PM
Nsb baik aku duk rumah teres.. Peralatan suami aku lengkap.. Kalo tersumbat ke pe.. Aku boleh lg bongkar godek2.. Mslhnye aku bongkar je reti.. Nk pasang blk x reti pulak.. Hehehe..
Quote salmon-suki 10-4-2021 09:01 PM
Boomibulat replied at 10-4-2021 01:06 PM
Thn lps sinki sy selalu tersumbat..dh beratus jugak abis beli itu ini..semua jenis kimia tu..semua ...

Main pipe ai tersumbat,ai beli jgk benda ni..tp hampeh..xjadi ape2...bila kwn tgk,dia ckp maybe rumah bawah y tersumbat..sbb tu buat apa2 tetap xjadi..report kt management tp mcm hampeh jah.. xde tindakan ape2... first time bt report, nothing..second time ai pegi ofis,ai ckp benda sama, boleh akak ofis tu ckp xde pn report ai..ai was like...mkn gaji buta ke apa akak ni..benci betul...

Ni still tersumbat..nti nak mtk owner suh plumber jela dtg tgk..
Quote Aliaskotonggo 10-4-2021 10:07 PM
epuepy replied at 10-4-2021 10:59 AM
Aku pn beli bnda alah ni. Konon2 nk kasi clear sinki, Alih2 paip bocor. Lagi Stress. Panggil plumber ...

tak pernah hadapai masalah dengan benda ni. hari tu clog super teruk, lepas letak dan biar beberapa jam setel. selamat duit

Quote missycutie 10-4-2021 10:43 PM
laki aku baru guna clog ni last week. alhamdulillah setel masalah sinki sumbat. cuma kena sgt berhati2 la masa guna. adala terpercik skit, pedih gak terkena kulit. bau mmg kuat la. kena pakai face mask. buka semua pintu tingkap
Quote Sazida 10-4-2021 11:21 PM
AKU GUNA CLOG REMOVAL YG BELI DEKAT DIY.MMG MENJADI..SEGALA LEMAK2 AYAM DAGING YG TERSEPIT TU MMG AKAN KELUAR.. LEPAS TUANG TU AKU BIAR JE DIA BUAT KEJE DIA.. SEJAM KE DUA JAM LEPAS TU AKU BARU AKU TGK.. SAMPAI SEKARANG DAH XDE DAH SINGKI TERSUMBAT.... MODAL RM10 JE.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.133814 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top