Pengacara, pelawak, pelakon dan juga Youtuber, Ain Edruce gemar berkongsi aktiviti hariannya menerusi media sosial untuk tatapan peminat. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang ceria, gila-gila atau bahasa sekarang 'masuk air', Ain Edruce telah memuat naik satu perkongsian video menari di akaun TikTok miliknya. Ain yang kini sudah hamil 34 minggu, tetap kekal cergas dan giat berkongsi video-video harian yang dilakukannya bersama suami kepada peminat-peminat kesayangannya.
Perkongsian Ain itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Sebagai info, menerusi satu temu bual yang dijalankan oleh pihak Melodi, Ain memaklumkan berbuat demikian sebagai salah satu sumber senaman untuk kekal aktif dan lincah agar proses melahirkan menjadi lebih mudah kelak. Netizen, doakan yang baik-baik. Semoga urusan melahirkan kelak dipermudahkan ya, Ain Edruce! |
missbigrockstar replied at 13-4-2021 06:36 AM
Kita ignore je si penyek ni. Btw, suami dia kerja apa? Nampak stabil muda2 dah kaya dan senang.
ADVERTISEMENT