CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teman Lelaki Untuk Disewa'

13-11-2013 06:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20426| Komen: 153

Gambar hiasan


Beijing: Wanita solo di China kini boleh mengatasi tekanan perasaan menjawab pelbagai pertanyaan mengenai jodoh daripada orang tua masing-masing melalui perkhidmatan “teman lelaki sewaan” mengikut tempoh yang diperlukan.

Laman sesawang Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka.
Media semalam melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing untuk tempoh minimum tiga hari.

Berdasarkan keterangan pada laman sesawang berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.


Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam.


Caj itu tidak termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan.

Perkhidmatan lain yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan.

Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang diberikan.

Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’ itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing.

Kata Fang dia mahu mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerja.

“Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga masing-masing,” katanya.

Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu berkembang maju.

Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua masing-masing yang mendesak mereka berkahwin.


10

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siti_kus 13-11-2013 02:48 PM
blh la aku sewa berlagak dgn family hari raya nnt.. tp mesti diorg mengata jgk kalau cina
Quote baby_pingu 13-11-2013 02:49 PM
kenapa kalo tgk cerita seram, bayaran dua kali ganda?
Quote solstice 13-11-2013 02:55 PM
Bole extra servis skali ka?
Quote mamiayu 13-11-2013 03:02 PM
baby_pingu posted on 13-11-2013 02:49 PM
kenapa kalo tgk cerita seram, bayaran dua kali ganda?

haaaa aku pun nak tanya soklan yg sama? adalah kerana lelaki itu sangat penakut utk menonton cerita seram, hingga dia terpaksa pakai pampers takut terkencing dlm seluar?               
Quote AdamBillionaire 13-11-2013 03:11 PM
lelaki tu muka siapa ek? chua soi lek? atau abg bijan pakai baju cina?
Quote batmana 13-11-2013 03:15 PM
mamiayu posted on 13-11-2013 03:02 PM
haaaa aku pun nak tanya soklan yg sama? adalah kerana lelaki itu sangat penakut utk menonton cerit ...

byaran mahal tu, psl klu filem seram, mstila pmpn tu takut, & laki tu terpkse susah payah memerah kepala otak tuk pujuk pmpn tu. tu yg servis mahal........
Quote mirage_46 13-11-2013 03:15 PM
ummah melayu suka jejaka k-pop
Quote batmana 13-11-2013 03:18 PM
ni lar hasil kempen sorg anak satu psgn, dh tk seimbang dah laki pmpn..
Quote mamiayu 13-11-2013 03:18 PM
batmana posted on 13-11-2013 03:15 PM
byaran mahal tu, psl klu filem seram, mstila pmpn tu takut, & laki tu terpkse susah payah memerah  ...

make sense to me
Quote R2D2 13-11-2013 03:29 PM
batmana posted on 13-11-2013 03:15 PM
byaran mahal tu, psl klu filem seram, mstila pmpn tu takut, & laki tu terpkse susah payah memerah  ...

filem seram versi Malaysia, mana ada seram pun!
so bayaran kena ciput la...
Quote nurfariezza 13-11-2013 03:37 PM
batmana posted on 13-11-2013 03:15 PM
byaran mahal tu, psl klu filem seram, mstila pmpn tu takut, & laki tu terpkse susah payah memerah  ...

sbb 2 ea...bkn sbb nnt pmpuan 2 peluk ke...da seram sgt kot2 la t'peluk..


Quote nurfariezza 13-11-2013 03:39 PM
senang je laki cina ni nk wt duit...
da r dpt kuar ngn pmpuan...ps2 klu pegang n cium plak kne cas..
untung la duit dpt, sronok pn dpt...
Quote BurningTimes 13-11-2013 03:40 PM
mirage_46 posted on 13-11-2013 04:15 PM
ummah melayu suka jejaka k-pop

Di koreak pun ada boyfriend for rent termasuklah negara penjajah jepun, dulu akak duduk cheongdam ramai perempuan komunis ini suka rent jantan untuk ke club, teringin jugak nak rent satu, tapi semua muka berkerak, Ewwww.

Quote BurningTimes 13-11-2013 03:42 PM
Sanggup ke nak rent kak? Muka berkerak, tasty ke?
Ramai yang buat perkhidmatan rent ni sah2 yang tak laku kan.



Quote BurningTimes 13-11-2013 03:45 PM
nurfariezza posted on 13-11-2013 04:39 PM
senang je laki cina ni nk wt duit...
da r dpt kuar ngn pmpuan...ps2 klu pegang n cium plak kne cas. ...

Kalau muka tak berkerak boleh lah cium kak.

Quote ellZack 13-11-2013 03:47 PM
siti_kus posted on 13-11-2013 02:48 PM
blh la aku sewa berlagak dgn family hari raya nnt.. tp mesti diorg mengata jgk kalau cina

ok je kot..
nanti cakap la kat parent, anak mix blood pandai2..
mak ngan ayah mesti bangga sebab cucu pandai kat sekolah..
Quote nurfariezza 13-11-2013 03:52 PM
BurningTimes posted on 13-11-2013 03:45 PM
Kalau muka tak berkerak boleh lah cium kak.

rasenye, mostly yg wt kje ni msti muka xb'kerak..
klu x, xtringin la pmpuan nk lnggan dorg...


Quote liyamariska 13-11-2013 03:56 PM
ni cam lebih kurang male escort kn... mengarut jer cha ya nun alif nih...
Quote BurningTimes 13-11-2013 04:02 PM
nurfariezza posted on 13-11-2013 04:52 PM
rasenye, mostly yg wt kje ni msti muka xb'kerak..
klu x, xtringin la pmpuan nk lnggan dorg...

Tu iols dah post pic kak, memang semua berkerak hoccay.
Kalau laki tak berkerak deorang lebih rela cari wanita kaya dari kena sewa berapa jah sejam .

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048649 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top