CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Allisya Tahir Tak Nak Tumpang Populariti Sharifah Shahirah

12-4-2021 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12446| Komen: 40

Penyanyi baharu, Allisya Tahir, 23, tidak pernah berenggang dengan ibunya yang juga pelakon, pelawak dan pengacara versatil, Sharifah Shahirah sejak kecil.

Bagaimanapun, anak pertama hasil perkongsian perkahwinan pertama Sharifah Shahirah dengan vokalis kumpulan legenda, Black Dog Bone, Jatt itu terpaksa lari ke Pulau Tioman untuk berdikari, tahun lalu.



"Saya mahu hidup berdikari. Sampai bila saya nak bergantung hidup dengan Mama. Sejak kecil sampai besar, saya sentiasa duduk bawah ketiak mama, tak berenggang.

"Adalah bergaduh manja, tetapi saya kuat menjawab juga. Saya tak mampu nak pindah rumah lain. Saya yakin akhirnya akan balik rumah mama juga.

"Saya nekad lari ke Pulau Tioman bekerja di sebuah pusat menyelam, Februari tahun lalu. Namun, malangnya, dunia diserang pandemik COVID-19 hingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan. Saya tersadai beberapa bulan tidak boleh pulang ke Kuala Lumpur," katanya kepada BH Online.

Foto: IG


Bagaimanapun, Allisya berkata, dia bernasib baik dapat tinggal bersama keluarga angkat.

"Ada hikmah di sebalik pandemik COVID-19. Ini kerana niat saya berdikari menjadi lebih mencabar dan bersemangat. Kemudiannya, saya buat kerja sambilan di sebuah pusat peranginan.

"Bagaimanapun, banyak kerja terhenti apabila tiba musim monsun. Saya memutuskan pulang ke Kuala Lumpur, awal tahun ini. Namun sepanjang di sana, mama sentiasa risaukan saya. Dia hantarkan barangan keperluan dan makanan termasuklah baju raya," katanya.

Allisya berkata, dia bersemangat menurunkan berat badan sepanjang berada di Pulau Tioman.



"Saya kawal nafsu makan. Makan pun masakan dimasak sendiri. Waktu petang saya berjalan atau berenang. Berada di pulau sukar mahu mendapatkan menu pencuci mulut yang manis.

"Jadi, kekangan inilah memaksa saya tekad menurunkan berat badan. Mulanya, berat saya 80 kilogram (kg), kini sudah mencecah 52kg. Di Kuala Lumpur, saya dibantu ibu saudara, Sharifah Sakinah yang begitu menitik berat soal pemakanan dan senaman," katanya.

Allisya menafikan, dia terdesak mahu kurus demi meneruskan survival seni.

"Saya tiada masalah dengan badan yang berisi. Jauh sekali nak buktikan bakat diterima jika memiliki pakej menarik termasuk berbadan ramping.

"Namun, saya mula terfikir soal kesihatan apabila usia menginjak. Ada masa tengok diri sendiri dalam cermin pun rasa geram dan tak suka," katanya.



Kata Allisya, kisah lari ke pulau dan berjaya menurunkan berat badan secara tak langsung membakar semangat untuk serius dalam dunia seni.

"Selain menyanyi, saya nak cuba nasib dalam lakonan dan pengacaraan. Saya pun nak kena menonjolkan diri dalam media sosial. Selama ini, pengikut saya dalam Instagram (IG) kebanyakannya meminati mama.

"Saya kena melakukan penjenamaan sendiri, bukan menumpang populariti mama. Ramai anggap saya memiliki wajah ibu saudara dan bersuara seperti bapa," katanya.



Tahun lalu, buat kali pertama Allisya tampil dengan single Hey Pria ciptaan Sharon Paul. Single itu diangkat sebagai lagu runut bunyi drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe disiarkan menerusi slot Akasia, TV3.

Selain Allisya, Sharifah Shahirah turut dikurniakan dengan empat cahaya mata, Airell, Airra, Audrra dan Adeena, hasil perkongsian hidup bersama pelakon, Ijoy Azhari. -CARI

Sumber: Berita Harian
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 12-4-2021 01:01 PM
Org... Klu xnk tumpang.. Dia xckp lgsg.. Cth ernie.. kaka.. Dah lama br org tahu


Engko.. Awal2 dh mjual nama

Mak sedara gila
Mak jual ubat poen
Mak sedara lg sorg sondol vip

Muka pon semua sepesen je.. Xde nilai estetika
Quote awanysss 12-4-2021 01:02 PM
mukanya mcm makcik dia yg ADHD tu sikit kan.. iras2..
Quote SayaSayangMama 12-4-2021 01:09 PM
Normabaru: Org... Klu xnk tumpang.. Dia xckp lgsg.. Cth ernie.. kaka.. Dah lama br org tahuEngko.. Awal2 dh mjual namaMak sedara gilaMak jual ubat poenMak sedara ...



Kan wartawan yg tanya, jawab salah xjawab nnti kata kekwat
Quote Nenasketum 12-4-2021 01:10 PM
Normabaru replied at 12-4-2021 01:01 PM
Org... Klu xnk tumpang.. Dia xckp lgsg.. Cth ernie.. kaka.. Dah lama br org tahu



hehehe.... i loikke your komen, i is setuju. Tak tentu arah femli nih. Mak dia ni masa merenyam nak kawen, naik motosikal sampai masuk taman kitorang. Aku ingat abang aku nak kejar nak pukul ngan kayu, masuk kawasan orang nak berkhalwat. Selagi jantan di kapuknya atas motor. Acik bini Vip plak show off steak harga ribu raban kat ig. Warga marhaen tengok telan air liur jer, kalau cakap omputih macam dilahirkan tak ada lidah. Acik gatal punai omputeh tu, i rest my case, rendah naw martabat dia letak dirinya sendirik. So gud luck dik, rasa kalau kat Indon ko boleh laku kot.
Quote Normabaru 12-4-2021 01:14 PM
SayaSayangMama replied at 12-4-2021 01:09 PM
Kan wartawan yg tanya, jawab salah xjawab nnti kata kekwat

Takpayah quote la woi.. Koserr
Quote Normabaru 12-4-2021 01:17 PM
Nenasketum replied at 12-4-2021 01:10 PM
hehehe.... i loikke your komen, i is setuju. Tak tentu arah femli nih. Mak dia ni masa merenyam na ...

Masalahnye btol ke dia keje kt pulau.. Ke bt bs sbb dulu gundu yakmat tp xnk kne kecam desperate nk jd retis mcm ank mak nora eh tok nora yg dh pass away tu
Quote Normabaru 12-4-2021 01:19 PM
Nenasketum replied at 12-4-2021 01:10 PM
hehehe.... i loikke your komen, i is setuju. Tak tentu arah femli nih. Mak dia ni masa merenyam na ...

Btw rugi tok fiancee acik gatai nxnxk omputih tu.. Ptt dh alang2 amik la pucuk muda bkn 2nd hand.. muka sama je kot. Tp alisha ni brand new
Quote AKAZ85 12-4-2021 01:24 PM
Pape laa dik oii.. Suara sedap xkisah ko anak sapa pon.. Kalau setakat suara macam kambing abah kakyung belakang umah kat kampung tu baik ko gi je la keje kat pulau tioman tu.. Toksah tambahkan tibaiunta kat malaysia ni
Quote hazzy0304 12-4-2021 01:36 PM
pape jelah dik oiy ...

Quote ninnamina 12-4-2021 01:58 PM
X nak tumpang. Tapi awal2 dah habaq nak dia shahira. Mak sedara dia sakinah
Quote fido_dido 12-4-2021 02:01 PM
okay nexttt!!
Quote mesmerize 12-4-2021 02:21 PM
dia ni kan yang masuk family duo kat tv3 dengan mak dia aritu.. kesian dia beria2 nyanyi sedap tapi mak dia spoilkan nyanyi hauk feeling2 ella kalau tak dapat bawak balik 10K hadiah mingguan
Quote ketambangkang 12-4-2021 02:25 PM
ingatkan korga ni abis setakat kinah je..ade lagi generasi dia dlm industri rupanye
Quote newme11 12-4-2021 02:37 PM
bile dh kurus... mcm x cantic pulak….
Quote Zhana 12-4-2021 03:05 PM
umur dah banyak . kena kerja keras
Quote Brunes 12-4-2021 05:03 PM
ok lah, atleast muka dia bukan jenis muka common yang putih melepak inject vitamin c dan fashion sense dia pun ada vibe sendiri bukan *pose like vivy* setepek dior here chanel there and she is embracing her curly hair. cantik i like
Quote jijilaaa 12-4-2021 05:08 PM
mak dia pun dok announce kat radio tu anak dia..stesen radio lain tak nak mainkan lagu anak dia kecuali suria je.

mak dia yang announce k
Quote inspektoremos21 12-4-2021 05:14 PM
Iols rasa mcm mak dia je yg menumpang populariti dia muka dia ni iols tengok mcm muka kaka azraf. Nak kata mcm muka kinah pun takde la sangat.
Quote 3chanceno 12-4-2021 05:24 PM
Dik kalau abah you penyanyi terkenal,tak semestinya you pun bole jadi penyanyi..dah gi kelas vokal ke belum???

Apa2 pun semuga berjaya

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.099079 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top