CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aina Abdul Tak Kisah Sebutan Bahasa Korea Dikritik, Asalkan Nyanyi Dengan Jujur

12-4-2021 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5421| Komen: 21

Kerap berkongsi video menyanyikan semula beberapa buah lagu Korea, penyanyi Aina Abdul kini sudah mempunyai peminat K-Pop tersendiri.

Malah bagi menghargai peminatnya, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani kini tampil dengan lagu Sepi yang diubah menggunakan bahasa Korea.

Akui tidak berasa bimbang dengan kritikan berkaitan dengan cara sebutan yang betul, penyanyi berusia 28 ini berkata, dia sudah bersedia untuk mempelajari bahasa Korea dengan lebih baik.

Foto: IG


"Saya tak takut... sebab bagi saya lagu Korea pun ada selit bahasa Inggeris yang tak la begitu sempurna juga. Tapi kita semua terima sebab mereka jujur.


"Mereka tahu dan bukan saja-saja nak masukkan lirik dalam bahasa Inggeris. Macam saya sendiri, nampak bahasa Korea ini bukan bahasa kedua tapi satu bahasa yang bagus untuk saya pelajari.

"Sebab saya sendiri peminat Korea... semua lagu Korea. Saya pun sudah kumpul peminat dari negara itu yang selalu beri reaksi kepada lagu cover saya dan sekarang, saya nak buat something untuk mereka," katanya.

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu yang ke 35 ini berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Truskin X Aina Abdul di Le Meridien, Putrajaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Semalam ini turut berkongsi mengenai pengalaman dia berdepan dengan masalah kulit wajah ketika di bangku sekolah.



Bagaimanapun Aina bersyukur dengan perubahan kulitnya semakin baik selepas mendapat khidmat nasihat doktor yang turut menyarankan dia menggunakan produk tempatan iaitu Truskin.

"Perkara saya alami ini iaitu ada jerawat sejak sekolah menengah lagi. Kulit saya menghadapi masalah minyak berlebihan menyebabkan kulit cepat naik jerawat yang banyak dan tekstur kulit tak sekata.

"Sejak menjadi penyanyi, boleh dikatakan hampir setiap hari saya menggunakan mekap. Kadang-kadang tu kasihan pada jurusolek yang terpaksa ambil masa lama.




"Perkara lama dan panjang macam ini tak boleh jangka akan ada perubahan dalam masa singkat. Kalau pulih cepat, nanti akan ada pula masalah lain. Jadi, saya okey saja ambil masa panjang dan ikut langkah demi langkah.

"Dalam masa sama, saya juga mendapatkan khidmat nasihat doktor. Malah, doktor okey saya menggunakan produk sekarang iaitu dari Truskin. Alhamdulillah, saya okey dan gembira dengan perubahan ini," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 12-4-2021 01:28 PM
please pakaian tu biar less is more..
uols kecik bukan height supermodel..
which also why mostly takleh carry fashion2 yg di luar kotak ni...
so please...
Quote tobobon 12-4-2021 01:34 PM
errr...sejak bila pula sheols menang vokal terbaik ajl 35 ni...bukan tu ernie ker
Quote epal_ijau 12-4-2021 01:38 PM
Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu yang ke 35 ini berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Truskin X Aina Abdul di Le Meridien, Putrajaya baru-baru ini.

Iolls mmg da tertido masa result AJL aritu tp rasanya ernie yg menang vokal terbaik..
Quote Scheherazade 12-4-2021 01:41 PM
Kasut itam yg dia pakai tu klu baling kt anjing ka kucing ka, boleh mati @ cedera parah
Quote user.name 12-4-2021 01:41 PM
eh hello? celah mana heshe menang vokal terbaik masa ajl35? lepas tu gegeh duk canang ada kejutan pakaian sekali malam final nan hado jahh? shiha zikir pulak yang buat kejutan pakaian apooo?
Quote blueberry12 12-4-2021 01:44 PM
AshkieLa replied at 12-4-2021 01:28 PM
please pakaian tu biar less is more..
uols kecik bukan height supermodel..
which also why mostly  ...

rasanya fashion dia is part of her marketing strategy. kalau pakai dress lawa2 pon bukan boleh lawan artis2 body cutting model pon. so dia amek pendekatan pakai fesyen pelik2 so people keep talking about her. tp pada masa yg sama bakat and product dia pon seiring jugak.  
Quote likecandy 12-4-2021 02:49 PM
Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu yang ke 35 ini berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Truskin X Aina Abdul di Le Meridien, Putrajaya baru-baru ini.

Hello??? I yg sememangnya x layan AJL pon tau Ernie menang vokal terbaik
Quote gekkou 12-4-2021 03:41 PM
fashion sheols membuatkan sheols nampak bulat nyah
anak sapa ntah ada masuk pertandingan nyanyi kat korea sana
perempuan
tapi juri2 komen sebutan korea tak betul
Quote adelea 12-4-2021 03:41 PM
X pernah suka dia ni
Muka sombong
Perangai belagak ..
Pastu bukan dia nyanyi pon ..
Menjerittt sakannn jer
Bingit namateyy


Pastu .. paling suka cakap x serupa bikinnnn
Bukan ke last year dia kata x nak nyanhi sebb kulit muka dia huduhhhhh
Siap nak nyanyi pakai face maskk !!!
Macam ermmmm  je .. pastu masuk masked singer ....

Pastu macam je lagu kuar ...
Mmg sejenis ckp x serupa bikin

Lagi satu kome tak yah la tegor tegor minah ni ...
Dia jenis buat ikut kepala dia je pon...
Klu bahasa korea x betul pon dia tetap akan justify yg mana dia akan jadi betul jugakkk
Quote minahmanja 12-4-2021 03:45 PM
skali pandang aku tgk dia ni mcm jahlop pulak.. i mean tgk fesyen dia.. mcm merapu jek..
Quote salmon-suki 12-4-2021 04:01 PM
AshkieLa replied at 12-4-2021 01:28 PM
please pakaian tu biar less is more..
uols kecik bukan height supermodel..
which also why mostly  ...

Mekasih sis..ada jgk y terasa sebegitu..mcm kata kaka @normabaharu, fesyen konduktor bas..hihihi~
Quote TerataiMelur02 12-4-2021 04:12 PM
adelea replied at 12-4-2021 03:41 PM
X pernah suka dia ni
Muka sombong
Perangai belagak ..

Part jerit tu betul.. Semua orang dah tau kot boleh nyanyi tarik tinggi2.. Tapi tak perlu la setiap kali nyanyi kena buat macam tu
Quote AshkieLa 12-4-2021 06:29 PM
salmon-suki replied at 12-4-2021 04:01 PM
Mekasih sis..ada jgk y terasa sebegitu..mcm kata kaka @normabaharu, fesyen konduktor bas..hihihi~

tula, tak perlu serabut kan dengan talent yg ade...
lainlaa takde talent kan, nak divert perhatian org pada baju...
Quote AshkieLa 12-4-2021 06:29 PM
TerataiMelur02 replied at 12-4-2021 04:12 PM
Part jerit tu betul.. Semua orang dah tau kot boleh nyanyi tarik tinggi2.. Tapi tak perlu la setia ...

ohh ye ke.. spesis linda nanuwil gakla ni..
segala lagu nak jerit... hilang merdu dan jiwa lagu...
Quote Cekgushilla 12-4-2021 06:44 PM
adelea replied at 12-4-2021 03:41 PM
X pernah suka dia ni
Muka sombong
Perangai belagak ..

Igtkan meolls sorg je rasa mcm tu
Bila dgr balik lagu semalam dia tu ptut lgu tu sedih kan
Tp sedih tu tak smpai sbb terganggu dgn dia punya jeritan konon nk tnjuk vokal power
Padahal takde la semua lagu ko kena jerit baru org tau suara ko sedap
Quote kivio 12-4-2021 07:21 PM



Kahkah yang ni sejibik muka achik ppr yo
Dengan muka sediada haha
Combo betul
Quote adelea 12-4-2021 10:49 PM
Cekgushilla replied at 12-4-2021 06:44 PM
Igtkan meolls sorg je rasa mcm tu
Bila dgr balik lagu semalam dia tu ptut lgu tu sedih kan
Tp se ...

Dct ponnada juga nyanyi lagu omputeh ..
Tak perlu pon jerit macam nak terberak macam si aina ... Saja jenis nak menjerit sbb nak tunjuk vokal power...
Quote Sugatae 13-4-2021 12:54 AM
Letih dgr dia nyanyi. Menjerit je. Dik, ko boleh nyanyi so nyanyi le takyah menjerit memanjang. Dah mcm Ailee plak. Lagu plak takde variety. Bakat ada tp creativity hmmm
Quote awenda507 13-4-2021 12:58 AM
Fesyen mmg hauk dia ni

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.128430 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top