CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buka puasa di padang tidak dibenarkan

13-4-2021 12:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2797| Komen: 16



KUANTAN: Kerajaan Pahang tidak membenarkan orang ramai berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, di sini sepanjang Ramadan tahun ini.

EXCO Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda, berkata keputusan itu bertujuan mengawal penularan wabak COVID-19.

"Kerajaan negeri meminta masyarakat Islam di daerah ini yang berhasrat berbuka di padang MBK 1 akur dengan arahan yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Setiap kali Ramadan, padang MBK 1 menjadi tumpuan masyarakat di daerah itu berbuka puasa secara santai bersama keluarga.

Pada masa sama, bazar Ramadan yang beroperasi berhampiran padang MBK 1 turut memudahkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka.


Mengenai jumlah peniaga bazar Ramadan di seluruh Pahang tahun ini, beliau berkata, seramai 1,836 orang dibenarkan berniaga di 58 lokasi.

Katanya, MBK merekodkan jumlah peniaga paling ramai iaitu 885 orang membabitkan 25 lokasi.

"Semua peniaga diminta mematuhi prosedur operasi standard ( SOP) iaitu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal satu meter, pemeriksaan suhu dan kebersihan gerai.

"Peniaga diwajibkan menutup makanan sepanjang masa dan dilarang menggunakan bekas bungkusan makanan daripada styrofoam.

"Namun, peniaga dibenarkan menggunakan kertas pembungkus khas atau pembungkus plastik High-Density Polyethylene (HDPE)," katanya.



Sumber : Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 13-4-2021 01:22 AM
Aku dulu bila balik Kuantan time dekat2 nak raya, x pernah sekali pon bukak puasa kt padang.. Ramai Sgt org, dgn jam lagi jalan. Baik berbuka kt umah lagi selesa..
Quote momoruru 13-4-2021 05:54 AM
Saya orang Kuantan ni pun tak pernah berbuka puasa di padang MPK 1 ni...kalau lalu dekat sini, nampak macam semut berkerumun. Punya lah ramai orang...parking plak tepi jalan utama, jam jalan..
Quote Nenasketum 13-4-2021 05:55 AM
pi toilet suma camna? Pelik jugak habit ni
Quote rosasen 13-4-2021 07:28 AM
2019...ms ni mmg turun shopping kt kuantan, tdo 1 mlm kt boutique hotel.
sempat jgk la jln2 kt bazar sini n buka pose kt padang ni. best sbb ramai.. hihi
yg tnya nk pi toilet tu, insyaAllah sempat tahan sampai blk hotel..LOL
Quote Suchi 13-4-2021 07:34 AM
Penah buka kat padang yg kat putrajaya je.kalut gakla nak kejo maghrib kan.
Tp taklah selalu, setiap ramadhan tu sekali je tu pun hari cuti laa. Anak2 la suka buka kat padang tu.
Quote dodolgemok 13-4-2021 08:02 AM
Trend baru ke ni bukak tgah padang?
Quote Boomibulat 13-4-2021 08:38 AM
dodolgemok replied at 13-4-2021 08:02 AM
Trend baru ke ni bukak tgah padang?

Baru mcm ereb..feeling mcm berbuka kat fadang fasieer gitu..
Quote Xim 13-4-2021 09:44 AM
Thread dah ada ni @CARI-HBZ , boleh la merge sekali https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1246787
Quote bungamelurindah 13-4-2021 11:00 AM
Nenasketum replied at 13-4-2021 05:55 AM
pi toilet suma camna? Pelik jugak habit ni

ada tandas awam kat kawasan padang tu
Quote sayawifenikmie 13-4-2021 11:14 AM

hmmm... dah kenapa nak berbuka kat tengah padang ?
Baiklah berbuka dengan suami / isteri and anak cucu .. lepas buka .. dah naksiap2 untuk maghrib ... rehat jap ..isya' .. pastu terawih .. kami terawih kat rumah jer ...  
Quote jfq 13-4-2021 11:17 AM
Lwbih selesa kat rumah. Dah la maghrib waktu singkat.
Quote diss69 13-4-2021 11:20 AM
Dulu selalu gak berbuka kat padang ni.. Toilet n nk solat xada masalah..
Quote zennaya 13-4-2021 11:30 AM
momoruru replied at 13-4-2021 05:54 AM
Saya orang Kuantan ni pun tak pernah berbuka puasa di padang MPK 1 ni...kalau lalu dekat sini, nampa ...

saya pun. saya pelik tengok org luar ramai berpusu bukak puasa kat padang. bukan best pun,bersesak ngan org ramai,panas.
better la makan kat umah,aman je rasa.


Quote MarryPottet 13-4-2021 03:03 PM
Sedihlah gini
Tak dapat lah kita tengok gambo2 satu gerup tu buka pose kat padang ni sambil para bodyguard terpacak keliling
Quote saviour_09 13-4-2021 03:18 PM
dulu seronok majoriti family berbuka sini

aman damai relax2 je ko makan

beli lebih tukar2 dgn org tikar sebelah

skrg makin lama makin semak dgn bbnu

last 2 years siap pecah muka bergaduh main mercun bagai

pfffttttt desa dot com pun takde perangai gini

bila dengar dialek, lg la pfftttt no wonder laaaa
Quote uda 13-4-2021 04:19 PM
zennaya replied at 13-4-2021 11:30 AM
saya pun. saya pelik tengok org luar ramai berpusu bukak puasa kat padang. bukan best pun,bersesak ...

Dia orang feeling macma berpicnic gitu. Duduk atas tikar, dalam suasana nyaman, tenh=guk matahari terbenam.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.073409 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top