CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jadi pelakon lama bukan tiket untuk selalu datang lewat dan berlagak" Mimi Lana bidas siapa tu?

13-4-2021 01:29 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 11086| Komen: 29



Sejak kebelakangan ini, luahan rasa kesal dari segelintir pelakon senior mengenai masalah disiplin sesetengah pelakon baharu kembali hangat diperkatakan.

Masalah sikap, tiada disiplin dan tidak bertegur sapa membuatkan pelakon senior terpanggil untuk memberi teguran supaya masalah seperti ini tidak berlanjutan terutamanya ketika di set penggambaran dan mutu lakonan pelakon baharu dapat dipertingkatkan.

Mengulas mengenai isu panas itu, pelakon Mimi Lana berpendapat bahawa isu disiplin tidak seharusnya ditujukan kepada pelakon baharu sahaja namun semua pelakon perlu jaga perangai dan tunjuk contoh yang baik.

"Pelakon baharu atau lama, kedua-duanya sama sahaja. Setiap orang kena jaga perangai dan jadi contoh yang baik ketika di set pengambaran.

"Saya telah bekerja dengan ramai pelakon baharu serta lama, tidak logik rasanya jika hendak hentam mereka yang baharu sahaja," tulis Mimi di akaun Twitternya.


Tambah Mimi lagi, bergelar pelakon lama bukan "tiket" untuk mereka datang lewat ke set penggambaran, bersikap sombong dan sentiasa merasakan diri mereka betul.

"Jadi pelakon lama, bukan tiket untuk selalu datang lewat dan berlagak merasa semua yang awak cakap itu betul," katanya.


Wow! memang "hati kering" Mimi tegur balik pelakon senior. Tapi itu lah hakikatnya, bukan semua pelakon lama dan baharu mempunyai sikap yang tak baik, mungkin hanya segelintir sahaja.

Komen netizen :



Masing-masing ada pendapat tersendiri, namun yang penting pelakon lama atau baharu haruslah saling bertegur sapa dan hormat-menghormati barulah senang nak bekerjasama. Apa pula pendapat anda?



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 13-4-2021 01:48 AM
tengok dia berlakon dalam drama racun suami jahanam best gak.dari perempuan kampung yang jaga aurat kahwin dengan driver lori. pergi kl baru tahu suami dia mat dadah dan paksa dia jual badan dekat club malam.. memang sakit hati tengok cerita tu....stressssss
Quote haifawehbe 13-4-2021 02:19 AM
betul la apa sheols ckp. ini masalah individu kenapa nk libatkan age gap?
tgok haritu rosyam nor dgn fizz fairus sibuk tegur kan? ke ada lg pelakon lama yg menyibuk?
Quote adeqbun 13-4-2021 02:21 AM
Mopiko replied at 13-4-2021 01:48 AM
tengok dia berlakon dalam drama racun suami jahanam best gak.dari perempuan kampung yang jaga aurat  ...

Terpaling sakit ati jatuh cinta ngan acah2 penyelamat rupenye lg syaitonnn..pggil geng nak kendurikan die..sian sgt wey dlm cite tu..parents lak smpi ke sudah xpecaya ckp anak sndri
Quote asamfish 13-4-2021 02:53 AM
Bagus Lana!  Speak your mind!  Be brave!  
Quote KBW2 13-4-2021 04:13 AM
Keh3 Oh rupanya pelakon lama tak sempurna ya. Lohhhhh boleh ke macam tuh. Ingatkan derang hebat serba serbi?
Quote True-X 13-4-2021 04:21 AM
aku suka mimilana  in

1. sbb dia free hair
2. sbb dia pandai berlakon
Quote Kurex 13-4-2021 04:57 AM
Lepas tu kau kumpulankan list retis bagi pendapat & kau buat benang dorang tiap satu... Ni pun gosip ehhhhh???? Yg dia nak bagi pendapat, yg dia nak bagi pendapat. Dua kali lima, lima kali b*bi
Quote rosasen 13-4-2021 07:26 AM
suka tgk dia ni..comel.. nk lengan mcm dia boleh? hahaha
Quote silampumeja 13-4-2021 08:27 AM
Mopiko replied at 12-4-2021 05:48 PM
tengok dia berlakon dalam drama racun suami jahanam best gak.dari perempuan kampung yang jaga aurat  ...

ha ah...dia ni kalau bawak watak jadi orang yang menderita , menjadi sungguh...
Quote Matpon 13-4-2021 08:40 AM
nak puji juga dia ni, lakonan dia di MV masdo memang hebat juga la..sat nak share

[youtube]gjP67h1eLBs[/youtube]

Quote ladyzens 13-4-2021 09:54 AM
rosasen replied at 13-4-2021 07:26 AM
suka tgk dia ni..comel.. nk lengan mcm dia boleh? hahaha

haha lengan betis peha tengkuk semua panjang ni..
tinggi betul
Quote Aikiko 13-4-2021 10:00 AM
Mopiko replied at 13-4-2021 01:48 AM
tengok dia berlakon dalam drama racun suami jahanam best gak.dari perempuan kampung yang jaga aurat  ...

Macam best jek...nak tgok kat mane?
Tajuk memang Racun Suami Jahanam ke?
Quote adeqbun 13-4-2021 10:28 AM
Matpon replied at 13-4-2021 08:40 AM
nak puji juga dia ni, lakonan dia di MV masdo memang hebat juga la..sat nak share

wey best gilak MV..
Quote ezacbee 13-4-2021 11:14 AM
Mopiko replied at 13-4-2021 01:48 AM
tengok dia berlakon dalam drama racun suami jahanam best gak.dari perempuan kampung yang jaga aurat  ...

Ending camne?
Aku xtengok abis cite ni sbb stress sangat rasa nak cekik2 je laki dia
si scha tu hantu ke?
Quote aemon 13-4-2021 11:39 AM
ala...isu ni sama mcm isu pekerja kerajaan atau swasta la..yg senior suka mengular,datang lewat.yg junior x boleh silap sikit.nnt mulalah bgaduh.
Quote misz_sanggul 13-4-2021 11:45 AM
Aikiko replied at 13-4-2021 10:00 AM
Macam best jek...nak tgok kat mane?
Tajuk memang Racun Suami Jahanam ke?

mmg best giler cte tu..lg satu mimi blakon yg tpkse beranak kt pondok blkg umh smpai gila..
die mmg pndai sgt blakon


Quote rosasen 13-4-2021 02:27 PM
ladyzens replied at 13-4-2021 09:54 AM
haha lengan betis peha tengkuk semua panjang ni..
tinggi betul

hahah kannnnn tinggi kurus gitu
Quote caca_eric 13-4-2021 08:22 PM
ot jap
tetiba tmpt ai rmai giler intern dtg
blagak gile tak reti nak kenalkan diri.. tegur pun tak...
Quote edsassin 13-4-2021 09:55 PM
Mimilana ni lagi tinggi dari ain edruce eh?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.063109 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top